Wednesday, June 25, 2008

sampai bila nak berteater...?


sampai bila nak berteater...? ada yg bertanya. Kadang2 aku pun tertanya-tanya jugak. Bagi aku terpulang kepada tahap kepuasan seseorang (penggiat). Kalau sampai satu masa dia dah rasa bosan, dah rasa medium pentas tidak lagi memberi impak pada kepuasan maka begerak lah kita ke medium yang lain. Jawapan ini hampir sama jika ditanya kepada seorang kaki pancing bila nak berhenti memancing. Seperti yang telah aku nyatakan dalam entry yang lepas, teater adalah ruang kecil untuk penggiat nya menyatakan sesuatu kepada khalayak. Mereka ini tidak ada ruang lain selain pentas, maka bagi golongan ini pentas adalah tempat yang sewajarnya malah selari dengan minat mereka.
Kenapa perlu suruh org berfikir bila menonton karya pementasan? Sebenarnya tak ada siapa yang suruh berfikir pun, mereka hanya suruh melihat dan seandainya dalam penglihatan itu kita terfikir sesuatu , maka bersyukurlah kerana kita masih mampu berfikir pada ketika itu. Tiada paksaan untuk berfikir setiap karya pementasan.
Kenapa tak bercerita secara mudah? belum ada yang dibuat untuk susah. Terpulang kepada kita melihat. Kalau kita melihat burung itu burung, maka burung lah dia. Tetapi kalau anda melihat burung itu tupai, maka apa lagi yang harus saya kata kan. Cerita yang naskah nya berat atau susah selalu nya Pengarah terlebih dahulu berfikir untuk memudahkan gaya penceritaan nya. Tidak ada pengarah yang sengaja menyukarkan naskah yang mudah untuk diceritakan dengan susah payah. Kecuali kalau pengarah sendiri kurang pasti keseluruhan kehendak penulis.

Kenapa perlu kritis dalam persembahan ? Berikan saya cerita yang tidak ada kritis. Hatta iklan yang 3 minit pun ada. Kadang-kadang hanya kerana teater dibawa oleh org muda, mereka dah di hukum bersemangat terlebih.

Kenapa perlu berteater? (soalan hampir sama)... saran kan kami hobi yang hampir sama dengan teater. Insyaallah kami akan tinggalkan teater. anjang

Thursday, June 12, 2008

Kita cuma ada pentas...


Malam tadi sessi latihan penuh bersama pelakon dan korus. Latihan penuh apabila semua barisan pelakon dah mula bersiap dari poket masing-masing bersama setiap mentor. Bertepatan dengan falsafah tugas pengarah adalah membuat pilihan bukan membuat latihan. Nah, sekarang terpulang kepada pengarah untuk membuat pilihan , buang yang mana dan ambil yang mana. Pengarah dan artistik telah bersepakat dengan konsep dan pola persembahan. Cuma atur dan kemaskan. Tugas ini bukan mudah. (tanya la pegawai khalwat...bukan mudah kan). bagaimana mahu membuat pilihan dan kesimpulan.

Sekali lagi hamlet dipersoalkan " tak apa ke 'highlight' melayu ni ?" tak nampak perkauman ke? Jelas ada kerisauan di sesetengah wajah. Aku kata kalau bayaran persembahan ini kita terpaksa di hukum atau di singkir dari pertandingan, maka hukum lah...singkirlah. Ulasan Pengarah lagi pedas sehingga memaksa untuk aku tidak 'quote' kan disini. Kita bukan ahli politik yang ada ruang di parlimen atau rostrum kukuh untuk berucap soal bangsa. Kita cuma hanya ada pentas yang sekangkang kera ni sahaja. Maka kita gunakan lah.

'Simbol-simbol dalam ni adalah subjektif, terpulang pada interprestasi masing-masing' ...kalau nanti yang kamu nampak putih itu hanya sebidang kain dan lampu merah ini hanya sekadar biasan cahaya...nah itu lah dia nya. Kalau ada orang lain melihat lain...itu haknya. Kalau berpakaian kostum melayu bersama 'crown' inggeris itu agak membadutkan, nah ...badut la yang kamu dapat. Tetapi andai ada pandangan lain itu juga hak dia.

Apa relevan nya tanah lumpur tu dengan entry ini? Tidak ada apa ....cuma dulu dilumpur itulah mereka telah bina bangunan yang kini bukan milik kita. Tetapi lumpur itu dulu milik kita.

anjang.

* terima kasih kepada semua rakan-rakan grup teater bebas utara , yang tak putus putus memberi sokongan - kita cuma ada pentas kawan kawan ... kita gunalah.

Thursday, June 5, 2008

Persediaan AKRAB bersama Hamletnya


Membawa panji panji negeri bukanlah satu tugas mudah buat kami (AKRAB).Terlalu berat. Namun berat ini dipikul bukan sahaja oleh seluruh 25 tenaga produksi malah turut dipikul oleh semua kakitangan Jabatan Kebudayaan, kesenian & Warisan Negeri Kedah serta para AKRAB Fans dan para rakan rakan grup indies teater kawasan utara. Terima Kasih semua.

Tidak ada kelainan yang ingin dijanjikan, tidak ada kelebihan yang ingin dipersembahkan sebaliknya kami hanya membawa satu suara kenapa harus ada dendam. Hamlet kali ini hanya difokuskan pada persoalan dendam dan kesan nya.

Pada saat ini kami hanya ingin menyatakan hanya kerana Dendam sultan kita mula dicabar, hanya kerana dendam Melayu semakin hilang sifat tuan, hanya kerana dendam kita melebarkan ketawa orang lain, hanya kerana dendam kita bersorak kejatuhan, hanya kerana dendam kita mungkin hanya akan tinggal baju melayu yang di tempah di kedai cina.

akan ada liputan latihan setiap hari dan foto2 latihan di blog akrab.

salam,

anjang.

pesta dukalara

Berpusu pusu kenderaan berebut ihsan terakhir . Selepas ini masih ada juga ihsan, cuma agak kurang sedikit. Minyak naik lagi........! jeritan rakan-rakan pejabat memaksa aku sedut rokok ini dalam dalam. Tak, aku tak geram pada kerajaan ...aku cuma geram pada dunia yang tak mampu bersatu untuk mengawal kenaikan ini di seluruh dunia. Shell vendor terbesar tetapi suara-suara untuk boikot shell hanya tinggal suara diseluruh dunia. Ah....malas aku nak ulas pasal ekonomi ni....salah satu nya sebab aku bukan pakar dan aku tak berhak.

Bila Pak Sharir ulas tadi aku macam terbelek-belek betul ke ini shahrir yang satu masa dulu cukup lantang menyebelahi rakyat , apalagi sewaktu menjadi calon bebas dengan simbol kunci nya. Ya , aku setuju rakyat perlu matang dalam melihat isu ini secara global. Tetapi aku mengharapkan sesuatu bila pak shahrir seorang pakar ekonomi yang ada MBA dapat membuat sesuatu tindakan yang lebih praktikal dan memandang pelbagai variable yang ada.

Aku tak duduk kat tempat dia mungkin? kalau tak mungkin aku akan buat pekara yang sama kot (sekadar cuba +ve)

Jazakallah Hukhairan kathira

anjang.