Thursday, December 6, 2007

dilema


....................seperti titik titik air itu, kita terpaksa meneka apa disebaliknya. Biarpun kita cuba tidak meneka, tetapi naluri kita memberontak ingin tahu.......................aku kini keliru.

Wednesday, December 5, 2007

Kekasih Gelap ku

-

" aku pernah berjanji untuk setia seperti matahari setia kepada bumi, kerana aku tahu dalam masa yang sama matahari turut menyinari bulan. Seandainya kau turut menyalahi matahari kerana curang kepada bumi. Apalagi yang harus aku katakan"


(Gambar:sekadar hiasan) hahahahahahahaha. Ok let's talk about kekasih gelap ku. Kekasih gelap bukan lah membawa maksud kekasih kita tu hitam manis atau gelap sikit daripada kita. tak ada bila nya. Kekasih gelap membawa erti kekasih yang dipunyai oleh kita atau kita yang menjadi kekasih nya terpulang lah, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dalam bahasa mudah dan senang 'skandal' bunyi macam kasar. Kalau dalam bahasa yang lebih halus, tu la.."kekasih gelap". Kalau kita selalu panggil spare tyre. kenapa perlu ada kekasih gelap? Sebab kehendak manusia secara fitrah nya allah jadikan tak terbatas. Bezanya kita teruskan atau tidak atau kita tunai kan atau tidak je kehendak kita tu.
Salah ke ada kekasih gelap? Salah pun ada tak salah pun ada. Sendiri lah korang jawab. Tapi percaya atau tidak kekasih gelap ni sebenarnya semakin dah diterima dalam masyarakat. Even org akan cakap "ala biasalah....." fuhhhhhh dasyat dunia sekarang nih. Tapi ini lah hakikat. Suami org ada girlfriend dan isteri org ada girlfriend kadang kadang masyarakat dah lali. Benarlah nafsu itu adalah peperangan yang besar.

* ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yg kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yg panjang dalam hidupku

repeat *

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

hanya kerana kekasih gelap , manusia sanggup buang segala perasaan cemburu, perasaan dengki, perasaaan pra sangka. kalau pandang dari satu sudut bagus jugak ada kekasih gelap ni. Sebab kita boleh train diri kita supaya sentiasa berprasangka baik hahahahahahahahahaha. Yang paling penting ia mendidik org yang kekasih gelap tu agar tidak menjadi manusia yang tamak. hahahahahahahaha. Pelik kan? tapi itu lah hakikat.

anjang.
http://tukangklik.fotopages.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kerusi


aku ke langkawi lagi. Fuhhhh boring giler kalau kena gi langkawi. Kali ini kena kursus dgn DBP. dari rumah lagi aku dah berbelah bahagi nak bawak kamera ke tak? sebab kursus cuma 2 hari. Kalau bawak kamera, maknanya aku kena bawak 2 beg. Aku cuba minimize kan beg aku cuma bawak satu lense nikon 18-200 dan satu body. Tak ada masa yang terluang untuk aku shoot nature sebab suntuk dengan agenda kursus. Pic ni aku ambil sewaktu rehat. Aku turun dari hotel jalan dan aku nampak kerusi rotan ni. ada Something dalam kepaa aku masa tu. why rattan should be here in 5 star hotel? The answer is value. Value bukan letak kepada material atau rupa paras tetapi value itu sendiri ada terlalu subjektif. So ada sesuatu yang aku boleh relatekan, selepas ini aku tak akan lagi merasa hairan awek2 yang cun akan couple dgn guyz yang biasa biasa sahaja, begitu jugak sebaliknya. Semua tu adalah sebab value yang subjektif.

Kembali menulis



Hari ini aku kembali menulis seperti dulu-dulu. Tapi untuk kali ini pendekatan blog aku agak sedikit berbeza dari dulu (bukan dari org lain). Dulu aku cuma menulis tanpa gambar atau foto yang aku shoot. Sekarang aku akan menulis dan becerita pasal gambar yang aku ambil, kenapa aku ambil, di mana, apa relevan nya gambar tu kpd aku dan yang paling penting apa relevan nya foto tu pada kehidupan.