Thursday, November 27, 2008

Antara Kenangan Aku & AKRAB



- Video ni adalah dari arahan arbanji. 90% yg terlibat adalah rakan rakan dari AKRAB (Grup Teater)Antara yang terlibat:- Wan Suhairi Wan Senu, Nadzmi Nazim, Sya, Dat(Isakandar). Hanya Barisan Pelakon sahaja yg Akrab terlibat. Tenaga produksi semua nya dari kolej komuniti.Rakaman ini telah dibuat oleh kolej komuniti dibawah arahan Arbanji.

anjang-

Tuesday, November 25, 2008

Perjalanan


Perjalanan kita tanpa henti.Kita berhenti bila kita mati. Itu pun bukan berhenti sebenarnya, tetapi disitulah R&R (Rehat dan Rawat) dari selruh perjalanan sebelum ni.

anjang - kl

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menempuh Ramadhan dengan jayanya


PELIK TAPI BENAR

salam, aku ingat puasa jatuh hari selasa, so aku jalan jalan petang tu kat summit. Selesai je semua apa yang patut, aku sambung jalan2, dalam hati macam nak beli apple macbook pro , puas dh aku follow aliran IBM ni, nak beralih arah aliran steve plak. Tapi bila kenang bulan depn nak raya aku rasa macam apple tak cun plak (sedap kan hati aku). Baik punya jalan aku terdengar pengumuman posa. (bro yg bagi pengumuman ni kerja dia setahun 3 kali jer kan, sure best). "alamak esok dah posa, malam ni dah start terawih (semangat ni selalu minggu awal jer), kelam kabut aku keluar (konon2 tak mau terleps la tahun ni tu....azam tu konon2). Aku ngan adik aku kelam kabut mengalahkan imam pada malam tu lagi. Di pendek kan cerita sempat la. Balik rumah aku letih sangat (may be letih shoot wedding kat pahang tak habis lagi kot). dalam tengah ambang ambang wati tu adik aku kelam kabut bangun " wey, awat kelam kabut?" . " alamak, org tak buat isya lagi" hahahahahahahaaha tadi punya la bagus wat terwikh siap wat witir plak tu...sekali yang wajib leh lupa. Moral dia...... dahulukan yg wajib dulu. Ada jugak yang berduyun duyun gi terawikh tapi tadi lepas sahur tidur terus langgar subuh, zohor lak sibuk2 kan diri langgar jugak. Asar pulak layan internet, langgar jugak. Maghrib pulak lepak hisap rokok lepas berbuka , langgar jugak. Alih alih masa terawih kelam kabut. Masa tu kalau bini tanya " pi mana" waaa dengan bangga ja jawab " pi masjid la terawikh" , pada hal..........lu fikir aaa sendiri.

buat amal sebab kena buat bukan sebab adat.

Thursday, August 14, 2008

ada orang dah cuba cuba jadi clickers....




di sini ada beberapa foto yg berjaya di rakamkan oleh seseorang yang dalam pola pemikiran aku. Bila dia mms jer gambar ni...waaaa pakai hp jer nih, lawan tokey nih.

Wednesday, August 13, 2008

Apa yang kita cari tak semestinya dapat.




Apa yang kita cari tak semesti kita dapat, semalam aku ke putrajaya untuk shoot pertandingan bunga api, sekali tak sempat. So on the wy nak balik tu aku gi dataran kat masjid tu, aku shoot apa yg patut. Moral:- dalam hidup ni tak semua yg kita cari dapat, sebalik nya mungkin allah akan ganti kan dengan yang lain.

Tuesday, July 29, 2008

Sekadar Petikan





Tukang Ensera johan FTM 2008


Malam milik Persatuan Seni Persembahan Sifar apabila bawa pulang enam trofi

FESTIVAL Teater Malaysia (FTM) 2008 yang menoktahkan perjalanannya di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini menjadi milik Persatuan Seni Persembahan Sifar (Sifar) apabila membawa pulang enam kemenangan daripada 11 kategori dipertandingkan.

Kumpulan dari Kuching, Sarawak yang mementaskan Tukang Ensera itu dinobatkan sebagai johan FTM 2008 membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM15,000.

Sifar juga meraih kemenangan bagi kategori Pengarah Terbaik menerusi kejayaan Suffian Salet, manakala Pelakon Lelaki Terbaik pula diraih Malek Hassan.

Sifar turut cemerlang apabila dua lagi pelakon, Hassan Ahmad dan Serivina Sarina Pumpang masing-masing terpilih sebagai Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik. Mereka menerima wang tunai RM1,000.

Sifar yang ditubuhkan sejak 26 November 2006 sekali lagi cemerlang apabila Khalid Hassan diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan Terbaik.

Tukang Ensera yang membawa maksud Tukang Cerita memaparkan perjalanan antara realiti dan ilusi mengenai dendam dan harapan untuk mempertahankan warisan tradisi kaum Iban.

Akik dalam perjalanan penghujung hidupnya amat berharap cucunya, Sunti dapat mewarisi tradisi serta meneruskan kemahiran bercerita daripadanya.

Mungkinkah Sunti akan menyambung warisan tradisi bercerita atau cerita Akik sudah kehilangan pendengarnya?

Sifar disaingi hebat The Art Stage Club (ASC) dari Selangor yang menggondol empat pengiktirafan termasuk naib johan FTM 2008 menerusi teater, Wajah Lumpur.

Pertubuhan teater yang diasaskan graduan Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu meraih kejayaan menerusi kemenangan Nur Ameera Mohd Ramli yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

ASC juga mengenepikan calon lain apabila Noorsaielin Sailillah diumumkan sebagai Pelakon Wanita Harapan Terbaik selain turut memenangi Reka Bentuk Produksi Terbaik.

Turut terpilih pada malam itu adalah pementasan teater Hamlet oleh Persatuan Penggerak Warisan Budaya (Akrab) dari Kedah yang memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM8,000.

Kemenangan peserta diadili panel juri terdiri daripada Shahili Abdan, Tanabalan a/l Sinniah, Rohani Yusoff, Azizul Zahid Jamal dan diketuai Ahmad Yatim.

Turut menyertai FTM 2008 ialah Kumpulan Ruang Damai Sdn Bhd (Negeri Sembilan) yang mementaskan Hamletmashine, Pertubuhan Pentas Lakon UM (Kuala Lumpur) dengan Tunku Kudin dan Anak Seni Pendidikan Kelantan (Aspek), Kelantan yang mempersembahkan Dilema Baginda Sultan.

Penganjuran FTM 2008 adalah sebahagian daripada pengisian Festival Kuala Lumpur 2008 yang bermatlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai Kota Seni dan Budaya.

FTM 2008 berlangsung selama seminggu dari 13 hingga 19 Julai lalu menyaksikan enam kumpulan bertanding bagi merebut gelaran juara.

Kumpulan yang terbabit dipilih berdasarkan pertandingan yang dijalankan di peringkat negeri menerusi Festival Teater Malaysia Negeri pada 2007.

Selain pementasan teater yang bertanding, FTM 2008 juga diisi dengan segmen monolog, bacaan puisi, wayang kulit, mak yong, gendang cina dan kulintang serta pementasan teater pelbagai kaum.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Dr Muzahet Masruri berkata, FTM 2008 menyediakan gelanggang kepada penggiat teater moden dan tradisional mempamerkan keunikan serta keunggulan teater kepada masyarakat.

Katanya, penggiat seni perlu terus berusaha untuk memantapkan penghasilan karya. Justeru, kerjasama masyarakat perlu untuk menjadi pendukung kepada aktiviti yang dilakukan.

“FTM 2008 bertindak sebagai landasan untuk mengukuhkan integrasi, perpaduan serta jati diri generasi muda, di samping memberi peluang kepada semua pihak untuk memperkemas dan berusaha ke arah memajukan seni teater tanah air,” katanya pada majlis penutup acara itu.

INFO: Senarai pemenang FTM 2008

  • Johan: Tukang Ensera oleh kumpulan Sifar, Sarawak
  • Naib Johan: Wajah Lumpur (ASC, Selangor)
  • Tempat Ketiga: Hamlet (Akrab, Kedah)
  • Pengarah Terbaik: Suffian Salet (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Lelaki Terbaik: Malek Hassan (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Wanita Terbaik: Nur Ameera Mohd Ramli (ASC, Selangor)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hassan Ahmad (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Serivina Sarina Pumpang (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Lelaki Harapan Terbaik: Khalid Hassan (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Wanita Harapan Terbaik: Noorsaielin Sailillah (ASC, Selangor)
  • Reka Bentuk Produksi Terbaik: Wajah Lumpur (ASC, Selangor)


INFO: Sejarah Festival Teater Malaysia

  • FTM adalah lanjutan Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dari awal 1970-an hingga 1980-an. Pesta Tarian dan Drama diadakan dalam bentuk pertandingan, disertai kumpulan teater amatur terdiri daripada penggiat teater Melayu waktu itu.

  • ANTARA penggiat teater yang lahir daripada pertandingan itu ialah Profesor Madya Dr Samad Salleh, Supiat Mukri, Dinsman, Megat Saiful Bahari, Datuk Johan Jaafar, Zakaria Ariffin dan Hashim Yassin.

  • PADA 1990, Pesta Tarian dan Drama disambung semula dalam format baru. Memfokus kepada teater, ia ditukar nama kepada Pekan Teater. Masih dalam bentuk pertandingan dan dibuka penyertaannya kepada kumpulan teater berdaftar dan tidak berdaftar.

  • PADA 2002, Pekan Teater diberi wajah baru dengan nama Festival Teater Malaysia. Buat pertama kali, pengisian FTM diperluaskan merangkumi persembahan monolog dan fragmen seni.

  • PENGISIAN FTM 2003 diperkemaskan bagi memaparkan wajah dan imej Malaysia iaitu dengan penyertaan penggiat teater pelbagai kaum menerusi segmen persembahan jemputan. Tujuh kumpulan terbaik negeri masih dipertandingkan sebagai satu komponen FTM di samping komponen lain seperti monolog, fragmen seni, lawatan ke panggung teater dan sidang ilmu.

  • FMT 2004 membawa pembaharuan sebagai usaha memupuk penggiat seni berkarya dalam kumpulan secara berterusan. Penyertaan untuk segmen pertandingan teater dibuka kepada kumpulan yang berdaftar saja. Buat pertama kali, pertandingan turut dibuka kepada penyertaan kumpulan yang berdaftar sebagai syarikat seni.

  • PADA 2006, FTM menggabungkan pementasan teater moden, pelbagai kaum, pelajar sekolah dan tradisional dengan penekanan kepada visi dan misi untuk menggalakkan perpaduan serta penyertaan setiap kaum dalam kegiatan kesenian seperti teater.

Monday, July 28, 2008

Tengku Kudin

Wajah-wajah lumpur


Hamlet

Hamlet Machine

Tengku Kudin



Habis Show


Persiapan Pameran


bersama org kuat KEKWA En Rosnan Nordin penulis Monolog

Sdra Mizad dgn Monolognya


Hamlet Machine (combi ni berlakon best)

Festival teater 2008. Berkumpul nya penggiat teater marhain di Kuala Lumpur selama 7 hari. Bermula dengan Hamlet machine (dari N9)- sebuah aliran persembahan yang aku cukup minat dan AKRAB juga amat meminati rentak permainan seperti ini , cuma kini AKRAB mengubah rentak. Tengku Kudin menyusuli dengan jaya nya, hampir sempurna keseluruhan persembahan. Permainan Kudin amat baik sekali. Kemudian menyusuli pula "wajah-wajah lumpur" dari UITM shah alam (The Art Stage Club) . Watak Wati cukup terkesan. Apalagi kaedah dialog ping pong yang cukup realistik dan bersahaja. Akrab menyusul pada hari berikutnya. (tak ada ulasan sebab aku busy masa ni hahahaha). Kelantan tak sempat masuk bergitu juga dengan Sarawak yang aku hanya sempat masuk separuh saja. Apa-apa pun semuanya bersaing dengan hebat.

Sunday, July 6, 2008

Kalau ia boleh dianggap Tazkirah...


Tazkirah 1:-
Kelebihan berpuasa di bulan Rejab Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampun ............................

Tazkirah 2:-

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang... Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILH dengan apa yang kita ada !!Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi. Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita..

Wednesday, June 25, 2008

sampai bila nak berteater...?


sampai bila nak berteater...? ada yg bertanya. Kadang2 aku pun tertanya-tanya jugak. Bagi aku terpulang kepada tahap kepuasan seseorang (penggiat). Kalau sampai satu masa dia dah rasa bosan, dah rasa medium pentas tidak lagi memberi impak pada kepuasan maka begerak lah kita ke medium yang lain. Jawapan ini hampir sama jika ditanya kepada seorang kaki pancing bila nak berhenti memancing. Seperti yang telah aku nyatakan dalam entry yang lepas, teater adalah ruang kecil untuk penggiat nya menyatakan sesuatu kepada khalayak. Mereka ini tidak ada ruang lain selain pentas, maka bagi golongan ini pentas adalah tempat yang sewajarnya malah selari dengan minat mereka.
Kenapa perlu suruh org berfikir bila menonton karya pementasan? Sebenarnya tak ada siapa yang suruh berfikir pun, mereka hanya suruh melihat dan seandainya dalam penglihatan itu kita terfikir sesuatu , maka bersyukurlah kerana kita masih mampu berfikir pada ketika itu. Tiada paksaan untuk berfikir setiap karya pementasan.
Kenapa tak bercerita secara mudah? belum ada yang dibuat untuk susah. Terpulang kepada kita melihat. Kalau kita melihat burung itu burung, maka burung lah dia. Tetapi kalau anda melihat burung itu tupai, maka apa lagi yang harus saya kata kan. Cerita yang naskah nya berat atau susah selalu nya Pengarah terlebih dahulu berfikir untuk memudahkan gaya penceritaan nya. Tidak ada pengarah yang sengaja menyukarkan naskah yang mudah untuk diceritakan dengan susah payah. Kecuali kalau pengarah sendiri kurang pasti keseluruhan kehendak penulis.

Kenapa perlu kritis dalam persembahan ? Berikan saya cerita yang tidak ada kritis. Hatta iklan yang 3 minit pun ada. Kadang-kadang hanya kerana teater dibawa oleh org muda, mereka dah di hukum bersemangat terlebih.

Kenapa perlu berteater? (soalan hampir sama)... saran kan kami hobi yang hampir sama dengan teater. Insyaallah kami akan tinggalkan teater. anjang

Thursday, June 12, 2008

Kita cuma ada pentas...


Malam tadi sessi latihan penuh bersama pelakon dan korus. Latihan penuh apabila semua barisan pelakon dah mula bersiap dari poket masing-masing bersama setiap mentor. Bertepatan dengan falsafah tugas pengarah adalah membuat pilihan bukan membuat latihan. Nah, sekarang terpulang kepada pengarah untuk membuat pilihan , buang yang mana dan ambil yang mana. Pengarah dan artistik telah bersepakat dengan konsep dan pola persembahan. Cuma atur dan kemaskan. Tugas ini bukan mudah. (tanya la pegawai khalwat...bukan mudah kan). bagaimana mahu membuat pilihan dan kesimpulan.

Sekali lagi hamlet dipersoalkan " tak apa ke 'highlight' melayu ni ?" tak nampak perkauman ke? Jelas ada kerisauan di sesetengah wajah. Aku kata kalau bayaran persembahan ini kita terpaksa di hukum atau di singkir dari pertandingan, maka hukum lah...singkirlah. Ulasan Pengarah lagi pedas sehingga memaksa untuk aku tidak 'quote' kan disini. Kita bukan ahli politik yang ada ruang di parlimen atau rostrum kukuh untuk berucap soal bangsa. Kita cuma hanya ada pentas yang sekangkang kera ni sahaja. Maka kita gunakan lah.

'Simbol-simbol dalam ni adalah subjektif, terpulang pada interprestasi masing-masing' ...kalau nanti yang kamu nampak putih itu hanya sebidang kain dan lampu merah ini hanya sekadar biasan cahaya...nah itu lah dia nya. Kalau ada orang lain melihat lain...itu haknya. Kalau berpakaian kostum melayu bersama 'crown' inggeris itu agak membadutkan, nah ...badut la yang kamu dapat. Tetapi andai ada pandangan lain itu juga hak dia.

Apa relevan nya tanah lumpur tu dengan entry ini? Tidak ada apa ....cuma dulu dilumpur itulah mereka telah bina bangunan yang kini bukan milik kita. Tetapi lumpur itu dulu milik kita.

anjang.

* terima kasih kepada semua rakan-rakan grup teater bebas utara , yang tak putus putus memberi sokongan - kita cuma ada pentas kawan kawan ... kita gunalah.

Thursday, June 5, 2008

Persediaan AKRAB bersama Hamletnya


Membawa panji panji negeri bukanlah satu tugas mudah buat kami (AKRAB).Terlalu berat. Namun berat ini dipikul bukan sahaja oleh seluruh 25 tenaga produksi malah turut dipikul oleh semua kakitangan Jabatan Kebudayaan, kesenian & Warisan Negeri Kedah serta para AKRAB Fans dan para rakan rakan grup indies teater kawasan utara. Terima Kasih semua.

Tidak ada kelainan yang ingin dijanjikan, tidak ada kelebihan yang ingin dipersembahkan sebaliknya kami hanya membawa satu suara kenapa harus ada dendam. Hamlet kali ini hanya difokuskan pada persoalan dendam dan kesan nya.

Pada saat ini kami hanya ingin menyatakan hanya kerana Dendam sultan kita mula dicabar, hanya kerana dendam Melayu semakin hilang sifat tuan, hanya kerana dendam kita melebarkan ketawa orang lain, hanya kerana dendam kita bersorak kejatuhan, hanya kerana dendam kita mungkin hanya akan tinggal baju melayu yang di tempah di kedai cina.

akan ada liputan latihan setiap hari dan foto2 latihan di blog akrab.

salam,

anjang.

pesta dukalara

Berpusu pusu kenderaan berebut ihsan terakhir . Selepas ini masih ada juga ihsan, cuma agak kurang sedikit. Minyak naik lagi........! jeritan rakan-rakan pejabat memaksa aku sedut rokok ini dalam dalam. Tak, aku tak geram pada kerajaan ...aku cuma geram pada dunia yang tak mampu bersatu untuk mengawal kenaikan ini di seluruh dunia. Shell vendor terbesar tetapi suara-suara untuk boikot shell hanya tinggal suara diseluruh dunia. Ah....malas aku nak ulas pasal ekonomi ni....salah satu nya sebab aku bukan pakar dan aku tak berhak.

Bila Pak Sharir ulas tadi aku macam terbelek-belek betul ke ini shahrir yang satu masa dulu cukup lantang menyebelahi rakyat , apalagi sewaktu menjadi calon bebas dengan simbol kunci nya. Ya , aku setuju rakyat perlu matang dalam melihat isu ini secara global. Tetapi aku mengharapkan sesuatu bila pak shahrir seorang pakar ekonomi yang ada MBA dapat membuat sesuatu tindakan yang lebih praktikal dan memandang pelbagai variable yang ada.

Aku tak duduk kat tempat dia mungkin? kalau tak mungkin aku akan buat pekara yang sama kot (sekadar cuba +ve)

Jazakallah Hukhairan kathira

anjang.

Wednesday, May 14, 2008

Novel yang membuat aku terdiam

Sudah kali 5 aku menghabiskan novel ini. Belum pernah aku menjumpai susunan ayat yang bergitu indah dan mudah. Terima kasih kepada sdri zaliza ghazali kerana memperkenalkan aku dengan novel ni beberapa bulan dahulu (tahun lepas rasanya). Setiap kali membeli novel , aku akan membelinya lebih dari 3. Sewaktu membeli AAC aku turut membeli beberapa novel lain. Tapi, AAC yang paling akhir aku baca. Nah, kalau aku tahu bergini hebat...sudah pasti AAC dulu pilihan aku. AAC telah di 'transfer' ke format filem. Pada sesiapa yang ingin menontonnya adalah lebih baik kalian khatam kan dulu novelnya. Jauh berbeza imaginasi kita dgn filem.

Sinopsis:

Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah laki-laki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, Ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik tapi mengagumi Al Quran. Dan menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diary saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kyai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika Ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?

Monday, May 12, 2008


saat aku berdiri tanpa menyandar
saat aku duduk tanpa punggung
saat aku aku belari tanpa kaki
saat aku berjalan tanpa tapak
aku benci rasa ini
aku takut situasi ini..........

apakah aku seharusnya terlentang sahaja.

anjang. (sesungguhnya aku panik)

Sunday, May 11, 2008

Tak Akan ada yang lain


tak akan ada yang lain...
hatta seluruh isi bumi jadi galang gantinya

tak akan ada yang lain...
hatta seluruh gunung ini bertukar menjadi emas sekalipun

tak akan ada yang lain...
andai laut ini bertukar menjadi susu H&L (my susu now) sekalipun

hanya kau ibu ku tiada galang gantinya

leteran mu bawa aku ke sini

....selamat hari ibu.

setiap hari adalah hari untuk mu.

anjang 5:11

Wednesday, May 7, 2008

Rilek la bro...


bersawang sungguh... " takkan duk meletup lagi" komen butaseni pada aku. Hahahaha. Kebetulan bulan ni kesibukan amat menghambat aku. Hari ni aku sibuk, aku ingat esok dah tak der ...alih alih esok esok ada lagi. Setiap kali aku login ke blog....ada saja suara-suara yang memanggil. "errr.....design ni kena ubah", " mock-up ni kena buat lain", " panggil semua designer...ada last solutions sikit" , "ada board tak muat la dengan design ni....kena ubah sikit , material tukar" aku hampir bosan dengan ayat ayat tu setiap hari. Tapi apa nak buat....layan je lah. Aku kembali rindu dengan tea session penggemar teater dan pembikin2 teater. tapi bulan ni langsung (hampir) tak ada langsung tea session aku dengan diaorang. Peluang aku balik ke alor star aku guna secukupnya untuk berbual soal yang aku minat.

Pada satu malam aku tergelak macam nak gila....dah lama aku tak ketawa macam ni. terkeluar satu cerita:- (di olah semula)

"Ko tau anjang, aku bawak rizal gi lepak golden horses sebab aku dapat bilik free dari company aku. Ko tau la rizal....semua hotel dia claimed dia pernah lepak" cerita haniff bersungguh sungguh.

Sambil aku hirup milo panas yang baru sampai tu " bila hang pi"? Sengaja aku bertanya untuk bagi dia semangat becerita.

"Minggu lepas" jawab hanif sambil menyalakan api rokok. " Ko tau apa rizal sound?" dia menyambung sambil bermain-main dengan asap rokok.

"mana aku tau , hang tak habaq lagi" balas aku saja nak provok.

"ok dengaq ni aku nak cerita" balas hanif. " dengan selamba rizal sound aku, nip best ka hotel hang ni , ada macam hotel2 yang aku lepak dulu ka?" aku kata "mai la dulu , nanti hang tau la" aku pun bawak la dia masuk lobi dah tu kami pun begerak la ke atas. " hang tau! sekali rizal sound...hek ellleeehhhhhhhhh, nama ja gah...lobi ja besaq. takkan bilik besaq ni ja? dah la tu katil pun tak dak, tingkap pun tak dak, harap cermin ja besaq. dah kita nak tidoq macam mana?"

Sekali aku jawab balik tak simpan simpan dah " rilekkkkkkkkkkkkkkk la broooo.......ni baru lif"

sambil dengan selamba jer hanif bangun gi order air. aku nak mencarut pun ada...aku punya lah concentrate dengar. Lepas tu aku lepas kan ketawa aku gila gila. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahha rilekkkkkkkkkk la bro ni baru lif. hahahahahahahahahahahahahahaha.

- moral:- jgn tunjuk terer.

Wednesday, April 9, 2008

akhirnya..........

**idea letak gambar ni terbit dari membaca blog kawan baru aku , elmy. Kebetulan isu yang agak sama dan aku rasa ia agak sesuai.

akhirnya kadang-kadang kita terpaksa juga..... Kemarahan bukan lah penghujung atau penyudah yang baik. itu yang aku tanam sejak lama. Diplomasi adalah jalan yang paling baik. Tapi kadang kala kita terpaksa juga...biarpun dalam senyap, dalam sunyi atau secara terang-terang. Sekarang aku dalam perjalanan ke........ ntah aku tak pasti, cuma yang pasti sekarang aku singgah office aku kat ipoh. Dah lama aku tak ke sini. Esok pagi pagi mungkin aku akan sambung perjalanan ni. Sampai aku letih sampai aku puas. jalan-jalan tenangkan hati sambil cari rezeki kata orang hahahaha.

hidup ni tak complicated kalau kita tak meng "complicated" kan nya. carca marba dah ayat aku ni.

aku marah kan apa ekk? aku pun tak tahu.

* sebenarnya aku marah kan ...kenapa wan gi kenduri tu pakai T-shirt tapi aku kena pakai Formal bagai. padahal aku photog je untuk majlis tu hahahahahahahaha patut aku la yg pakai Tshirt.

Anjang
* biar aku saja yg hadapi.

Tuesday, April 8, 2008

Stress


70% punca penyakit adalah disebabkan oleh stress (tekanan perasaan). Spt sabda rasulullah s.a.w (sbhg dari maksudnya)"dalam diri manusia ada seketul daging, kalau rosak daging tersebut maka akan rosak lah keseluruhan nya, ketahuilah daging tersebut adalah hati". Kata org cakap memang mudah atau murah tetapi nak lakukan bukan senang. Bagi melatih hati agar sentiasa tenang, hati perlu suppliment. Makanan hati adalah amalan amalan kerohanian. Ini fakta , tak percaya cuba lakukan. kadang-kadang bila kita solat jemaah di masjid pun dia dah cukup bagi kita ketenangan. Apalagi kalau kita tambah dengan amalan lain.

Aku dalam sedikit stress semalam, sebagai manusia biasa kita akan lalui ini semua. Terpulang kepada kita bagaimana kita mesti menempuhnya.

anjang
"kita kena banyak belajar beserah setelah berusaha"

Saturday, April 5, 2008

Kita Hanya Merancang...

Semalam aku kena cover satu majlis resepsi. Perancangan mereka telah dibuat hampir 4 bulan sebelum. Perkahwinan di pantai. Begitulah tema sambutan yang dirancangkan. Bila aku sampai je ketempat yang berlangsungnya majlis tersebut..aku kagum. Persiapan nya cukup cantik dan simple. Warna tema ungu dan putih telah menambahkan lagi keceriaan suasana di situ. Aku nampak awan semakin mendung, apa yang aku risau adalah keaadaan gambar yang nak diambil tu nanti. Bagaimana pulak dengan peralatan kamera aku? dalam aku berfikir2 ...hujan mula turun makin lama agak lebat. Petugas petugas hotel kelam kabut pindahkan semua persiapan yang dibuat. Aduuhhhhhh sayangnya.

Akhirnya majlis dibuat didalam dewan yang kecil dan persiapan nya pun biasa sahaja. Begitulah ... kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan lebih tahu segalanya dam punya perancangan tersendiri.

anjang

Wednesday, March 26, 2008

Saturday, March 22, 2008

Mencari tidur yang lena

Sebaik selesai minum bersama kawan yang pernah susah dengan aku satu masa dulu , segala-gala bermain di hati dan akal aku. Dulu kami sama sama membeli barang di imbi (masa tu low yat kalau sebut pun org tak tau lagi), sama-sama berhujan panas hantar barang pelanggan. nah, sekarang dia dah jauh berjaya dengan karier perniagaan nya. Jauh sangat dari aku. Antara Jutawan muda aku kira. Namun keluhan nya tadi buat terfikir, kita mampu beli tilam yang empuk tetapi tidak tidur yang lena. Kita mampu membeli makanan yang enak tetapi tidak mampu membeli puas. Kita mampu membeli rumah yang besar tetapi tidak mampu membeli keselesaan. Kita mampu membeli kereta yang mahal tetapi tidak mampu membeli keselamatan. Kita mampu membeli cinta tetapi tidak mampu membeli jiwa. Kita mampu menggaji pekerja tetapi kita tidak mampu membeli kejujuran.
Kawan aku seolah-olah menyesal dengan kekayaan yang diberi. Aku nasihatkan agar mensyukuri apa yang ada , jgn kufur nikmat . Baginya kekayaan telah membuatkan dia hilang jiwa, hilang rasa, hilang segalanya . Aku hanya mampu berkata bukan kaya yang menjadi puncanya.

anjang
-semua orang tak sama laluanya.

Wednesday, March 19, 2008

Terdampar

Terdampar tercetus bila seoarang kawan menceritakan kesilapan nya pada aku. Kebetulan bila aku rakam gambar ini di kepala aku terfikir....akhir nya terdampar juga dahan ni di pantai. Sedangkan satu masa dulu ianya nun jauh dipucuk. Ini bukan entry politik. Terdampar ... kali ini apabila kadang kadang kita terdampar dengan dosa yang selama ini kita tak pernah terfikir akan melakukan nya. Nama pun dosa....tidak ada manusia atas dunia ini bercita cita ingin membuat dosa. Alasan yang terbaik adalah "silap". Jangan yakin dengan kebaikan yang kita ada selagi kita tak pernah diuji dengan dosa. Dosa tak beerti jahat dan ia tak bermakna dosa itu harus diulangi. Mungkin sebaliknya kalau diulangi. Itu antara butir butir perbualan kami. Teringat aku pada buku " Terdampar dipintu syurga"

Wednesday, March 12, 2008

Semua mula menjadi penganalisis...

Semakin hari semakin ramai lahir penganalisis politik dan tak kurang penganalisis bangsa. Masing masing mula bijak berhujah. parlimen kedai kopi seakan akan lebih hangat dari parlimen sebenar. kalau dulu mungkin org pandang remeh parlimen kedai kopi....nah sekarang terbukti parlimen kedai kopi turut mainkan peranan. Ada yang menganalisis dengan emosi, ada yang menganalisis dengan fakta dan tak kurang yang menganalisis dengan angin (follow crowd). Biar apa pun.... biarlah... mereka sekadar mengulas apa yang telah mereka putuskan. Sekurang kurang nya rakyat kita dah pandai mengulas. Tak kira peringkat umur tak kira latar belakang sosial. Satu pembaharuan jugak tu. Apa yang penting tugas kita mesti diteruskan....saban hari semakin banyak tuntutan kita untuk keluarga dan diri sendiri. Jgn sampai tak da mood nak datang kerja, jangan sampai asyik mengulas hingga terlupa tugas hakiki.
Selamat bekerja semula.

anjang.

Monday, March 3, 2008

Pak Pandir, mat jenin & Pak Kaduk

Minggu ni agak memenatkan aku. Sibuk dengan talk, seminar dan PLKN. Dalam perjalanan ke sebuah destinasi aku dengar CD Roslan madun Seloka pak pandir dan pak kaduk. Cd ni aku dpt sbg bahan untuk modul plkn. Aku terfikir satu pekara, dari mana datang cerita pak pandir dan pak kaduk ni? siapa yang buat cerita ni? dan satu lagi mat jenin. Teruk sangat kah org melayu pada waktu tu? Ada satu yang menjentik otak aku...adakah ini propaganda Inggeris nak bagitau yang melayu ni tak sepandai mana. Kalau ini nak dijadikan kisah tauladan....tak kah terasa macam memperkecilkan bangsa sendiri. entahlah......


anjang.

Wednesday, February 20, 2008

Portal untuk Grup teater kawasan utara

Aku baru registerkan portal untuk grup teater kaw utara. Dalam portal ni kita boleh share info dan berforum. bila masuk kesitu anda semua boleh klik ke "board Index' untuk berforum. Ada beberapa topik yang dah aku create. kalau nak tambah nanti boleh bagitau.

url nya: http://pentasutara.dailyforum.net/


anjang/orangkampung

Monday, February 18, 2008

Nashmir


Saja aku tag nama Nashmir. Free compliment & advert, sebab dia bagi wifi free.Dulu waktu aku form 3 parents aku belikan sebuah komputer. Masa tu benda alah ni baru lagi kat Malaysia. Exited gila vavies aku masa tu. Nak boot kena masuk disket dos dulu (yang besar nya). Skrin monochrome. Kemudian upgrade sikit dos dah pre install kat dalam system.Masa tu dapat siapa yang ada menu direct acces dah kira komputer dia canggih dah hahahahhahaa. kalau tak kena load sendiri software word processing....zaman tu apa lagi kalau bukan word star. Aku ambil kelas komputer waktu petang di Taiping.Aku salute gila bro & sis yang bukak company computer dgn kelas pd masa tu. Apalagi ini lah syarikat bumiputra yang satu satu nya kat situ. Now brother tu dah jadi CEO AMD Malaysia.

Disitu bermulanya minat aku dalam dunia IT ni. 1st software design yang aku ada paint shop. Fuhhh aku la jadi tukang design cover buku cenderamata mak aku. Aku tukang buat envelope syarikat ayah aku, buat letterhead dan kad niaga. Selepas tu aku dah mula try corel draw, sampailah ke photoshop. Segalanya bermula dari 386 machine. Time nak print yang paling lawak...siap tukar tukar ribbon color. Masa tu pemikiran aku tak terfikir bahawa akan lahir Core 2 Duo. Itu lah yang paling laju rasanya. Dapat upgrade jadi 486 pun dah riuh sekampung.

...dan yang paling klasik, istilah BLOG tidak ada dalam perbendaharaan kata aku waktu tu.


anjang
-tak larat nak kejar teknologi-

Sunday, February 17, 2008

tamat

aduh....2 skrip slot drama (tele) masih belum dapat buah keputusan(hehehe macam buah silat la pulak), dalam masa yang sama sebuah skrip teater perlu disiapkan. Aku cari rokok....1,2,3....dah masuk 6 dah....tak datang datang lagi ni. Idea ada tapi macam tak puas....

menyudahkan sebuah cerita tak semudah kita memulakan nya. Bertapa kecil ilmu kita di sisi nya.

*** PLKN dah bermula...maka blog ini akan sepi buat beberapa hari.

dare to fail
anjang

Thursday, February 14, 2008

hari kekasih


14 Feb sedunia mengiktirafkan hari ini hari kekasih? Persoalan nya siapa kekasih kita? atau mereka meraka yang berada dalam lingkungan kekasih kita...mak, abah, abang , adik ..dan mungkin dia atau dia itu? Mungkin ramai yang menganggap kekasih itu adalah pasangan....ya mungkin tetapi title kekasih juga berhak dipegang oleh seluruh ahli keluarga. Ada keluarga yang membuat kenduri doa selamat hari ini, mohon keluarga nya diberkati kasih sayang dan rezeki. Aku tertarik dengan cara sebergini. Ya, untuk berdoa tidak perlu ada hari harinya. Tetapi sekurang kurang nya gaya sambutan mereka berbeza.

Beruntung kepada sesiapa yang lahir pada hari ini. Seluruh dunia menyambut hari ini dengan penuh kasih sayang. Semoga mereka yang lahir pada hari ini mendapat limpahan kasih sayang dari allah hendaknya.

Cokelat dan bunga. melambung lambung harga bunga pada hari ini. Biarlah, ini lah saja satu hari selama setahun penjual bunga boleh mendapat margin keuntungan yang besar. (tapi mahal sungguh...aku tak beli la...member aku yang beli)

tak pernah sambut
Anjang

Wednesday, February 13, 2008

Bubar

Hari ni parlimen bubar..., yang tu tak pa. kawan aku hari ni tanpa berbincang telah membubarkan chenta hatinya. Aku tanya "kenapa"? Sambil masuk kereta jer dia jawab...." kita undi lain."....... hahahah shilakak punya jawapan. Ada org macam ni rupanya.

"Bubar" ni kebetulan dengan org dok tengah sibuk buat "bubur" asyura. bubar...bubur.

dompetku bubar
anjang/orgkampung

...nanti aku sambung entry bubar. "Pernah terfikir tak? seminggu berapa kali aqidah kita terbubar kerana perbuatan kita yang tak kita sedari"

Tuesday, February 12, 2008

3 series


Aku baru sampai rumah, baru habis tea session dengan kawan kawan. Mula nak keluar kejap je alih alih sampai 2.30 jugak. Hangat, pedas dan otak aku terjentik jentik dengan perbualan tadi. Pasal golongan 3 series....hahahah bukan BMW tapi kawan kawan yang dah jejak angka 30.

30 an adalah angka yang sudah dianggap dewasa, terlewat kawin bagi yg belum, semi tua, dah tak remaja, dah jadi bahan bebelan mak abah kalau tak kawin lagi, dah jadi separuh masak dan yang paling penting dah menjadi-jadi. Tadi baru aku rasa aku 30an selama ni aku dok ingat aku 20 an....hahahah cis dasarrrr.

Antara topik 3 series yang hangat tadi ialah skandals. Kenapa perlu mencari cinta lain sedang kan hati telah dimiliki atau sedang memiliki. Kesimpulan yang dapat tadi adalah setiap kita ingin mencari kemabukan. Mabuk itu sebenarnya mengasyikan. Bukan mabuk dek kerana minuman (yang ni tak boleh). Yup.....mabuk itu memang mengasyikkan, kerana asyik itu maka wujudnya mencari cinta sampingan , tidak kira yang telah kahwin atau pun yang dah isytihar diri dimiliki.

Masalah ni universal dan unisex...hahahahahaha. hanya ego kita yang membataskan pengakuan kita.

Sekadar perbincangan.
anjang.

Monday, February 11, 2008

antara foto dan lukisan


Minat aku dengan foto bermula sejak sekolah rendah. Awalnya aku hanya suka melihat gambar. kebetulan ayah aku seorang pelukis, jadi banyak lah majalah yang bergambar atau buku buku yang bergambar kat rumah aku. Pak cik aku pulak masa tu dah kat ITM (masa tu ITM lagi) ambil AD...so makin banyak sumber sumber yang dia bawak balik untuk aku tengok dan belek.

Masa aku ditingkatan 3 aku dah mula bisnes foto. Berbekal kan kamera pinjam olympus model mana aku tak ingat dah. tapi apa yang ingat filem dia leh ganda 2 kali. maksud aku kalau kita kita beli filem 32 kita akan dapat 64 keping gambar. Kerja aku masa tu aku akan snap gambar kawan kawan dan aku akan jual balik. Sekeping 40 sen. Boleh la tampung duit asrama aku waktu tu. Tapi masa tu aku tak pakai SLR lagi just point & shoot.

Satu petang setelah lama aku minat dengan foto abah aku review gambar gambar aku. Aku ingat lagi kata kata dia "Foto sama macam melukis, bezanya foto kamu hanya perlu memilih sudut sudut yang baik sedangkan melukis kamu harus mencipta sudut sudut yang baik. Tetapi rules dia masih sama, horizon nya, cahaya nya, tone nya, garisan nya (dalam foto panggil line leading kalau tak silap), Rules of third, dan beberapa pekara lagi lah." Aku ingat sangat kata kata ni. Sampai satu hari aku berkenalan dengan seorang fotografer cum painter cum graphic designer cum sculptrure..... fuhhhhhhh hasil foto dia sangat marvelous. Aku percaya pada ungkapan "tahap kepuasan seorang pelukis adalah yang paling tinggi" tetapi aku hanya seorang tukang tangkap gambar, melukis jauh sekali (dulu bila abah aku tanya meh nak tengok kamu lukis apa? tak nampak pun apa yang kamu lukis ni. Aku jawab "memang tak nampak sebab orang lukis kuman" , sekali abah aku balas balik daaa...." lain kali lukis kuman tu besar sikit, baru nampak" hahahahahahahahah.)

antara koleksi yg tak seberapa.

sillohuet ni kat kuala kedah. outing dgn farizal

ni siluet kat pantai batu buruk (aku gi training daa) hahahaha
Reflection masjid terapung
high pass shoot kat kg aku..lepas burung yang tersangkut
cuba shoot potrait atau dengan kata lain capture the mood
another potrait with tomoe