Thursday, June 5, 2008

Persediaan AKRAB bersama Hamletnya


Membawa panji panji negeri bukanlah satu tugas mudah buat kami (AKRAB).Terlalu berat. Namun berat ini dipikul bukan sahaja oleh seluruh 25 tenaga produksi malah turut dipikul oleh semua kakitangan Jabatan Kebudayaan, kesenian & Warisan Negeri Kedah serta para AKRAB Fans dan para rakan rakan grup indies teater kawasan utara. Terima Kasih semua.

Tidak ada kelainan yang ingin dijanjikan, tidak ada kelebihan yang ingin dipersembahkan sebaliknya kami hanya membawa satu suara kenapa harus ada dendam. Hamlet kali ini hanya difokuskan pada persoalan dendam dan kesan nya.

Pada saat ini kami hanya ingin menyatakan hanya kerana Dendam sultan kita mula dicabar, hanya kerana dendam Melayu semakin hilang sifat tuan, hanya kerana dendam kita melebarkan ketawa orang lain, hanya kerana dendam kita bersorak kejatuhan, hanya kerana dendam kita mungkin hanya akan tinggal baju melayu yang di tempah di kedai cina.

akan ada liputan latihan setiap hari dan foto2 latihan di blog akrab.

salam,

anjang.

6 comments:

tegezoot said...

Buat hatrick tahun ni!

Anonymous said...

kejayaan akrab penting....kali ni lagi penting...bukan sebab ada group lain yg top-top....tapi untuk akrab kembali bernafas oksigen....bukan oksigen bercampur benzyne....sebab...bila oksigen+benzyne....zahirnya lebih indah dari yang asal...tapi batin sukmanya....beracun...!

Pegawai Khalwat said...

Hangpa ni.

Penilai tengok nama akrab, terus letak tepi borang pemarkahan. Khas untuk pemenang!

tegezoot said...

betui2! aku sokong pegawai khalwat!

Butaseni@Wan Raja said...

go go AKRAB,go go kedah!

orang kampung said...

tegezoot: ambil semangat euro hahahaha. uisshhh hatrick mendenye.

jebat:-bernafas dalam lumpur

pegawai khalwat:- tu pengadil yang lupa bawak pen ngan torchlight.

tergezoot:aku tetap sokong angpa

abg ganteng: hahahaha aku tak leh ingat org komen hang abg ganteng......mai penang mai mai sama sama....angpa lagi dasyat, kita pi sama sama.