Thursday, June 12, 2008

Kita cuma ada pentas...


Malam tadi sessi latihan penuh bersama pelakon dan korus. Latihan penuh apabila semua barisan pelakon dah mula bersiap dari poket masing-masing bersama setiap mentor. Bertepatan dengan falsafah tugas pengarah adalah membuat pilihan bukan membuat latihan. Nah, sekarang terpulang kepada pengarah untuk membuat pilihan , buang yang mana dan ambil yang mana. Pengarah dan artistik telah bersepakat dengan konsep dan pola persembahan. Cuma atur dan kemaskan. Tugas ini bukan mudah. (tanya la pegawai khalwat...bukan mudah kan). bagaimana mahu membuat pilihan dan kesimpulan.

Sekali lagi hamlet dipersoalkan " tak apa ke 'highlight' melayu ni ?" tak nampak perkauman ke? Jelas ada kerisauan di sesetengah wajah. Aku kata kalau bayaran persembahan ini kita terpaksa di hukum atau di singkir dari pertandingan, maka hukum lah...singkirlah. Ulasan Pengarah lagi pedas sehingga memaksa untuk aku tidak 'quote' kan disini. Kita bukan ahli politik yang ada ruang di parlimen atau rostrum kukuh untuk berucap soal bangsa. Kita cuma hanya ada pentas yang sekangkang kera ni sahaja. Maka kita gunakan lah.

'Simbol-simbol dalam ni adalah subjektif, terpulang pada interprestasi masing-masing' ...kalau nanti yang kamu nampak putih itu hanya sebidang kain dan lampu merah ini hanya sekadar biasan cahaya...nah itu lah dia nya. Kalau ada orang lain melihat lain...itu haknya. Kalau berpakaian kostum melayu bersama 'crown' inggeris itu agak membadutkan, nah ...badut la yang kamu dapat. Tetapi andai ada pandangan lain itu juga hak dia.

Apa relevan nya tanah lumpur tu dengan entry ini? Tidak ada apa ....cuma dulu dilumpur itulah mereka telah bina bangunan yang kini bukan milik kita. Tetapi lumpur itu dulu milik kita.

anjang.

* terima kasih kepada semua rakan-rakan grup teater bebas utara , yang tak putus putus memberi sokongan - kita cuma ada pentas kawan kawan ... kita gunalah.

7 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

yeah,they give us the stage and we'll perform!pi akrab pi!

Pegawai Khalwat said...

Tu dia, dekat gambar pun dah nampak bayang-bayang kejayaan.

Ha... tanya aku pulak. Aku kat sini terpaksa buat latihan dan juga pilihan. Dalam banyak ketika menyekat elemen artistik aku.

Hang pa lain la. Permata di limbahan.

ANNA NUR said...

teringat 1 lagu..

"PELAKON D ATAS PENTAS..
MNANGIS & KTAWA..
TNP DSEDARI KITA JG SAMA..
INDAHNYA ALAM PNTAS..
HNY DLIHAT MATA BIASA..
D SEBALIK TABIR..
TUHAN YG TAHU ISI NYA.."

~selamat berpentas! =)

Bunga Rampai said...

... pentas bersih tidak berlumpur.

Selamat berteater, moga sukses.

Salam :)

jinggo said...

go akrab go......

Anonymous said...

Good Luck... Moga dipermudahkan segalanya..

Salam (",)

artisticklytouch said...

inilah cabarannya bertanding teater, harus memikirkan apa orang nak kata. Kalau kamu percaya dengan naskah kamu, teruskan...kamu tak mungkin dapat berfikir dan melihat seperti mereka dan begitu juga mereka.

Teruja untuk turun KL...bila tarikhnya?