Thursday, June 5, 2008

pesta dukalara

Berpusu pusu kenderaan berebut ihsan terakhir . Selepas ini masih ada juga ihsan, cuma agak kurang sedikit. Minyak naik lagi........! jeritan rakan-rakan pejabat memaksa aku sedut rokok ini dalam dalam. Tak, aku tak geram pada kerajaan ...aku cuma geram pada dunia yang tak mampu bersatu untuk mengawal kenaikan ini di seluruh dunia. Shell vendor terbesar tetapi suara-suara untuk boikot shell hanya tinggal suara diseluruh dunia. Ah....malas aku nak ulas pasal ekonomi ni....salah satu nya sebab aku bukan pakar dan aku tak berhak.

Bila Pak Sharir ulas tadi aku macam terbelek-belek betul ke ini shahrir yang satu masa dulu cukup lantang menyebelahi rakyat , apalagi sewaktu menjadi calon bebas dengan simbol kunci nya. Ya , aku setuju rakyat perlu matang dalam melihat isu ini secara global. Tetapi aku mengharapkan sesuatu bila pak shahrir seorang pakar ekonomi yang ada MBA dapat membuat sesuatu tindakan yang lebih praktikal dan memandang pelbagai variable yang ada.

Aku tak duduk kat tempat dia mungkin? kalau tak mungkin aku akan buat pekara yang sama kot (sekadar cuba +ve)

Jazakallah Hukhairan kathira

anjang.

4 comments:

ANNA NUR said...

yup... bila petrol & diesel naik.. semua pakat naik.. berpesta sana sini peniaga pemborong naik kan harga. rakyat pun sama2 naik.. NAIK MARAH & NAIK ANGIN..

~huhuhu.. bln ni bengkrapsi akibat keterpaksaan melayan SAGA yg dahagakn 'tenaga'nya. adeiiii.. byk nk kna cut budget ni..

Pegawai Khalwat said...

Aku malas nak beratur. Bukannya isi malam tu boleh tahan 3 tahun.

Butaseni@Wan Raja said...

haram zadee!minyak naik hey

Anonymous said...

bons casino Archives - Bonus Codes (2021)
bons casino 더킹카지노 Archives. bons casino is one of the fastest-growing and 인카지노 best known online gambling sites in the world. The site is operated ボンズ カジノ by an