Tuesday, May 18, 2010

Apa lagi yang nak dikata? Bangga atau kecewa?


Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA

RIMA memberikan senyuman semasa dia dimahkotakan sebagai pemenang Ratu Cantik USA 2010 di Las Vegas semalam.

" Akhir nya 2010 aku mula menyambung balik tulisan aku di blog ini. hampir 2 tahun dia terhenti tranpa sebarang alasan munasabah yang boleh aku beri selain dari alasan tak sempat dan malas."

Bangga atau Kecewa?

Masih ada seorang umat islam yang cantik yang mampu menduduki pentas yang penuh gah, malah turut menjadi impian ramai wanita cantik di seluruh dunia. Sewaktu membaca petikan akhbar ini pertama yang aku terdetik, Malaysia kalau diberi peluang wanita islam memasuki pertandingan seperti ini pasti berduyun duyun juga yang akan mencuba nasib tapi alhamdulillah ianya telah diharamkan. Persoalan nya walaupun pengharaman ini telah dibuat tetapi masih ada platform lain pula yang cuba menukarkan rencah nya namun resepinya masih sama dan tujuan nya masih juga sama.

Thursday, November 27, 2008

Antara Kenangan Aku & AKRAB



- Video ni adalah dari arahan arbanji. 90% yg terlibat adalah rakan rakan dari AKRAB (Grup Teater)Antara yang terlibat:- Wan Suhairi Wan Senu, Nadzmi Nazim, Sya, Dat(Isakandar). Hanya Barisan Pelakon sahaja yg Akrab terlibat. Tenaga produksi semua nya dari kolej komuniti.Rakaman ini telah dibuat oleh kolej komuniti dibawah arahan Arbanji.

anjang-

Tuesday, November 25, 2008

Perjalanan


Perjalanan kita tanpa henti.Kita berhenti bila kita mati. Itu pun bukan berhenti sebenarnya, tetapi disitulah R&R (Rehat dan Rawat) dari selruh perjalanan sebelum ni.

anjang - kl

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menempuh Ramadhan dengan jayanya


PELIK TAPI BENAR

salam, aku ingat puasa jatuh hari selasa, so aku jalan jalan petang tu kat summit. Selesai je semua apa yang patut, aku sambung jalan2, dalam hati macam nak beli apple macbook pro , puas dh aku follow aliran IBM ni, nak beralih arah aliran steve plak. Tapi bila kenang bulan depn nak raya aku rasa macam apple tak cun plak (sedap kan hati aku). Baik punya jalan aku terdengar pengumuman posa. (bro yg bagi pengumuman ni kerja dia setahun 3 kali jer kan, sure best). "alamak esok dah posa, malam ni dah start terawih (semangat ni selalu minggu awal jer), kelam kabut aku keluar (konon2 tak mau terleps la tahun ni tu....azam tu konon2). Aku ngan adik aku kelam kabut mengalahkan imam pada malam tu lagi. Di pendek kan cerita sempat la. Balik rumah aku letih sangat (may be letih shoot wedding kat pahang tak habis lagi kot). dalam tengah ambang ambang wati tu adik aku kelam kabut bangun " wey, awat kelam kabut?" . " alamak, org tak buat isya lagi" hahahahahahahaaha tadi punya la bagus wat terwikh siap wat witir plak tu...sekali yang wajib leh lupa. Moral dia...... dahulukan yg wajib dulu. Ada jugak yang berduyun duyun gi terawikh tapi tadi lepas sahur tidur terus langgar subuh, zohor lak sibuk2 kan diri langgar jugak. Asar pulak layan internet, langgar jugak. Maghrib pulak lepak hisap rokok lepas berbuka , langgar jugak. Alih alih masa terawih kelam kabut. Masa tu kalau bini tanya " pi mana" waaa dengan bangga ja jawab " pi masjid la terawikh" , pada hal..........lu fikir aaa sendiri.

buat amal sebab kena buat bukan sebab adat.

Thursday, August 14, 2008

ada orang dah cuba cuba jadi clickers....




di sini ada beberapa foto yg berjaya di rakamkan oleh seseorang yang dalam pola pemikiran aku. Bila dia mms jer gambar ni...waaaa pakai hp jer nih, lawan tokey nih.

Wednesday, August 13, 2008

Apa yang kita cari tak semestinya dapat.




Apa yang kita cari tak semesti kita dapat, semalam aku ke putrajaya untuk shoot pertandingan bunga api, sekali tak sempat. So on the wy nak balik tu aku gi dataran kat masjid tu, aku shoot apa yg patut. Moral:- dalam hidup ni tak semua yg kita cari dapat, sebalik nya mungkin allah akan ganti kan dengan yang lain.

Tuesday, July 29, 2008

Sekadar Petikan





Tukang Ensera johan FTM 2008


Malam milik Persatuan Seni Persembahan Sifar apabila bawa pulang enam trofi

FESTIVAL Teater Malaysia (FTM) 2008 yang menoktahkan perjalanannya di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini menjadi milik Persatuan Seni Persembahan Sifar (Sifar) apabila membawa pulang enam kemenangan daripada 11 kategori dipertandingkan.

Kumpulan dari Kuching, Sarawak yang mementaskan Tukang Ensera itu dinobatkan sebagai johan FTM 2008 membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM15,000.

Sifar juga meraih kemenangan bagi kategori Pengarah Terbaik menerusi kejayaan Suffian Salet, manakala Pelakon Lelaki Terbaik pula diraih Malek Hassan.

Sifar turut cemerlang apabila dua lagi pelakon, Hassan Ahmad dan Serivina Sarina Pumpang masing-masing terpilih sebagai Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik. Mereka menerima wang tunai RM1,000.

Sifar yang ditubuhkan sejak 26 November 2006 sekali lagi cemerlang apabila Khalid Hassan diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan Terbaik.

Tukang Ensera yang membawa maksud Tukang Cerita memaparkan perjalanan antara realiti dan ilusi mengenai dendam dan harapan untuk mempertahankan warisan tradisi kaum Iban.

Akik dalam perjalanan penghujung hidupnya amat berharap cucunya, Sunti dapat mewarisi tradisi serta meneruskan kemahiran bercerita daripadanya.

Mungkinkah Sunti akan menyambung warisan tradisi bercerita atau cerita Akik sudah kehilangan pendengarnya?

Sifar disaingi hebat The Art Stage Club (ASC) dari Selangor yang menggondol empat pengiktirafan termasuk naib johan FTM 2008 menerusi teater, Wajah Lumpur.

Pertubuhan teater yang diasaskan graduan Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu meraih kejayaan menerusi kemenangan Nur Ameera Mohd Ramli yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

ASC juga mengenepikan calon lain apabila Noorsaielin Sailillah diumumkan sebagai Pelakon Wanita Harapan Terbaik selain turut memenangi Reka Bentuk Produksi Terbaik.

Turut terpilih pada malam itu adalah pementasan teater Hamlet oleh Persatuan Penggerak Warisan Budaya (Akrab) dari Kedah yang memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM8,000.

Kemenangan peserta diadili panel juri terdiri daripada Shahili Abdan, Tanabalan a/l Sinniah, Rohani Yusoff, Azizul Zahid Jamal dan diketuai Ahmad Yatim.

Turut menyertai FTM 2008 ialah Kumpulan Ruang Damai Sdn Bhd (Negeri Sembilan) yang mementaskan Hamletmashine, Pertubuhan Pentas Lakon UM (Kuala Lumpur) dengan Tunku Kudin dan Anak Seni Pendidikan Kelantan (Aspek), Kelantan yang mempersembahkan Dilema Baginda Sultan.

Penganjuran FTM 2008 adalah sebahagian daripada pengisian Festival Kuala Lumpur 2008 yang bermatlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai Kota Seni dan Budaya.

FTM 2008 berlangsung selama seminggu dari 13 hingga 19 Julai lalu menyaksikan enam kumpulan bertanding bagi merebut gelaran juara.

Kumpulan yang terbabit dipilih berdasarkan pertandingan yang dijalankan di peringkat negeri menerusi Festival Teater Malaysia Negeri pada 2007.

Selain pementasan teater yang bertanding, FTM 2008 juga diisi dengan segmen monolog, bacaan puisi, wayang kulit, mak yong, gendang cina dan kulintang serta pementasan teater pelbagai kaum.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Dr Muzahet Masruri berkata, FTM 2008 menyediakan gelanggang kepada penggiat teater moden dan tradisional mempamerkan keunikan serta keunggulan teater kepada masyarakat.

Katanya, penggiat seni perlu terus berusaha untuk memantapkan penghasilan karya. Justeru, kerjasama masyarakat perlu untuk menjadi pendukung kepada aktiviti yang dilakukan.

“FTM 2008 bertindak sebagai landasan untuk mengukuhkan integrasi, perpaduan serta jati diri generasi muda, di samping memberi peluang kepada semua pihak untuk memperkemas dan berusaha ke arah memajukan seni teater tanah air,” katanya pada majlis penutup acara itu.

INFO: Senarai pemenang FTM 2008

  • Johan: Tukang Ensera oleh kumpulan Sifar, Sarawak
  • Naib Johan: Wajah Lumpur (ASC, Selangor)
  • Tempat Ketiga: Hamlet (Akrab, Kedah)
  • Pengarah Terbaik: Suffian Salet (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Lelaki Terbaik: Malek Hassan (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Wanita Terbaik: Nur Ameera Mohd Ramli (ASC, Selangor)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hassan Ahmad (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Serivina Sarina Pumpang (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Lelaki Harapan Terbaik: Khalid Hassan (Kumpulan Sifar, Sarawak)
  • Pelakon Wanita Harapan Terbaik: Noorsaielin Sailillah (ASC, Selangor)
  • Reka Bentuk Produksi Terbaik: Wajah Lumpur (ASC, Selangor)


INFO: Sejarah Festival Teater Malaysia

  • FTM adalah lanjutan Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dari awal 1970-an hingga 1980-an. Pesta Tarian dan Drama diadakan dalam bentuk pertandingan, disertai kumpulan teater amatur terdiri daripada penggiat teater Melayu waktu itu.

  • ANTARA penggiat teater yang lahir daripada pertandingan itu ialah Profesor Madya Dr Samad Salleh, Supiat Mukri, Dinsman, Megat Saiful Bahari, Datuk Johan Jaafar, Zakaria Ariffin dan Hashim Yassin.

  • PADA 1990, Pesta Tarian dan Drama disambung semula dalam format baru. Memfokus kepada teater, ia ditukar nama kepada Pekan Teater. Masih dalam bentuk pertandingan dan dibuka penyertaannya kepada kumpulan teater berdaftar dan tidak berdaftar.

  • PADA 2002, Pekan Teater diberi wajah baru dengan nama Festival Teater Malaysia. Buat pertama kali, pengisian FTM diperluaskan merangkumi persembahan monolog dan fragmen seni.

  • PENGISIAN FTM 2003 diperkemaskan bagi memaparkan wajah dan imej Malaysia iaitu dengan penyertaan penggiat teater pelbagai kaum menerusi segmen persembahan jemputan. Tujuh kumpulan terbaik negeri masih dipertandingkan sebagai satu komponen FTM di samping komponen lain seperti monolog, fragmen seni, lawatan ke panggung teater dan sidang ilmu.

  • FMT 2004 membawa pembaharuan sebagai usaha memupuk penggiat seni berkarya dalam kumpulan secara berterusan. Penyertaan untuk segmen pertandingan teater dibuka kepada kumpulan yang berdaftar saja. Buat pertama kali, pertandingan turut dibuka kepada penyertaan kumpulan yang berdaftar sebagai syarikat seni.

  • PADA 2006, FTM menggabungkan pementasan teater moden, pelbagai kaum, pelajar sekolah dan tradisional dengan penekanan kepada visi dan misi untuk menggalakkan perpaduan serta penyertaan setiap kaum dalam kegiatan kesenian seperti teater.