Wednesday, February 20, 2008

Portal untuk Grup teater kawasan utara

Aku baru registerkan portal untuk grup teater kaw utara. Dalam portal ni kita boleh share info dan berforum. bila masuk kesitu anda semua boleh klik ke "board Index' untuk berforum. Ada beberapa topik yang dah aku create. kalau nak tambah nanti boleh bagitau.

url nya: http://pentasutara.dailyforum.net/


anjang/orangkampung

Monday, February 18, 2008

Nashmir


Saja aku tag nama Nashmir. Free compliment & advert, sebab dia bagi wifi free.Dulu waktu aku form 3 parents aku belikan sebuah komputer. Masa tu benda alah ni baru lagi kat Malaysia. Exited gila vavies aku masa tu. Nak boot kena masuk disket dos dulu (yang besar nya). Skrin monochrome. Kemudian upgrade sikit dos dah pre install kat dalam system.Masa tu dapat siapa yang ada menu direct acces dah kira komputer dia canggih dah hahahahhahaa. kalau tak kena load sendiri software word processing....zaman tu apa lagi kalau bukan word star. Aku ambil kelas komputer waktu petang di Taiping.Aku salute gila bro & sis yang bukak company computer dgn kelas pd masa tu. Apalagi ini lah syarikat bumiputra yang satu satu nya kat situ. Now brother tu dah jadi CEO AMD Malaysia.

Disitu bermulanya minat aku dalam dunia IT ni. 1st software design yang aku ada paint shop. Fuhhh aku la jadi tukang design cover buku cenderamata mak aku. Aku tukang buat envelope syarikat ayah aku, buat letterhead dan kad niaga. Selepas tu aku dah mula try corel draw, sampailah ke photoshop. Segalanya bermula dari 386 machine. Time nak print yang paling lawak...siap tukar tukar ribbon color. Masa tu pemikiran aku tak terfikir bahawa akan lahir Core 2 Duo. Itu lah yang paling laju rasanya. Dapat upgrade jadi 486 pun dah riuh sekampung.

...dan yang paling klasik, istilah BLOG tidak ada dalam perbendaharaan kata aku waktu tu.


anjang
-tak larat nak kejar teknologi-

Sunday, February 17, 2008

tamat

aduh....2 skrip slot drama (tele) masih belum dapat buah keputusan(hehehe macam buah silat la pulak), dalam masa yang sama sebuah skrip teater perlu disiapkan. Aku cari rokok....1,2,3....dah masuk 6 dah....tak datang datang lagi ni. Idea ada tapi macam tak puas....

menyudahkan sebuah cerita tak semudah kita memulakan nya. Bertapa kecil ilmu kita di sisi nya.

*** PLKN dah bermula...maka blog ini akan sepi buat beberapa hari.

dare to fail
anjang

Thursday, February 14, 2008

hari kekasih


14 Feb sedunia mengiktirafkan hari ini hari kekasih? Persoalan nya siapa kekasih kita? atau mereka meraka yang berada dalam lingkungan kekasih kita...mak, abah, abang , adik ..dan mungkin dia atau dia itu? Mungkin ramai yang menganggap kekasih itu adalah pasangan....ya mungkin tetapi title kekasih juga berhak dipegang oleh seluruh ahli keluarga. Ada keluarga yang membuat kenduri doa selamat hari ini, mohon keluarga nya diberkati kasih sayang dan rezeki. Aku tertarik dengan cara sebergini. Ya, untuk berdoa tidak perlu ada hari harinya. Tetapi sekurang kurang nya gaya sambutan mereka berbeza.

Beruntung kepada sesiapa yang lahir pada hari ini. Seluruh dunia menyambut hari ini dengan penuh kasih sayang. Semoga mereka yang lahir pada hari ini mendapat limpahan kasih sayang dari allah hendaknya.

Cokelat dan bunga. melambung lambung harga bunga pada hari ini. Biarlah, ini lah saja satu hari selama setahun penjual bunga boleh mendapat margin keuntungan yang besar. (tapi mahal sungguh...aku tak beli la...member aku yang beli)

tak pernah sambut
Anjang

Wednesday, February 13, 2008

Bubar

Hari ni parlimen bubar..., yang tu tak pa. kawan aku hari ni tanpa berbincang telah membubarkan chenta hatinya. Aku tanya "kenapa"? Sambil masuk kereta jer dia jawab...." kita undi lain."....... hahahah shilakak punya jawapan. Ada org macam ni rupanya.

"Bubar" ni kebetulan dengan org dok tengah sibuk buat "bubur" asyura. bubar...bubur.

dompetku bubar
anjang/orgkampung

...nanti aku sambung entry bubar. "Pernah terfikir tak? seminggu berapa kali aqidah kita terbubar kerana perbuatan kita yang tak kita sedari"

Tuesday, February 12, 2008

3 series


Aku baru sampai rumah, baru habis tea session dengan kawan kawan. Mula nak keluar kejap je alih alih sampai 2.30 jugak. Hangat, pedas dan otak aku terjentik jentik dengan perbualan tadi. Pasal golongan 3 series....hahahah bukan BMW tapi kawan kawan yang dah jejak angka 30.

30 an adalah angka yang sudah dianggap dewasa, terlewat kawin bagi yg belum, semi tua, dah tak remaja, dah jadi bahan bebelan mak abah kalau tak kawin lagi, dah jadi separuh masak dan yang paling penting dah menjadi-jadi. Tadi baru aku rasa aku 30an selama ni aku dok ingat aku 20 an....hahahah cis dasarrrr.

Antara topik 3 series yang hangat tadi ialah skandals. Kenapa perlu mencari cinta lain sedang kan hati telah dimiliki atau sedang memiliki. Kesimpulan yang dapat tadi adalah setiap kita ingin mencari kemabukan. Mabuk itu sebenarnya mengasyikan. Bukan mabuk dek kerana minuman (yang ni tak boleh). Yup.....mabuk itu memang mengasyikkan, kerana asyik itu maka wujudnya mencari cinta sampingan , tidak kira yang telah kahwin atau pun yang dah isytihar diri dimiliki.

Masalah ni universal dan unisex...hahahahahaha. hanya ego kita yang membataskan pengakuan kita.

Sekadar perbincangan.
anjang.

Monday, February 11, 2008

antara foto dan lukisan


Minat aku dengan foto bermula sejak sekolah rendah. Awalnya aku hanya suka melihat gambar. kebetulan ayah aku seorang pelukis, jadi banyak lah majalah yang bergambar atau buku buku yang bergambar kat rumah aku. Pak cik aku pulak masa tu dah kat ITM (masa tu ITM lagi) ambil AD...so makin banyak sumber sumber yang dia bawak balik untuk aku tengok dan belek.

Masa aku ditingkatan 3 aku dah mula bisnes foto. Berbekal kan kamera pinjam olympus model mana aku tak ingat dah. tapi apa yang ingat filem dia leh ganda 2 kali. maksud aku kalau kita kita beli filem 32 kita akan dapat 64 keping gambar. Kerja aku masa tu aku akan snap gambar kawan kawan dan aku akan jual balik. Sekeping 40 sen. Boleh la tampung duit asrama aku waktu tu. Tapi masa tu aku tak pakai SLR lagi just point & shoot.

Satu petang setelah lama aku minat dengan foto abah aku review gambar gambar aku. Aku ingat lagi kata kata dia "Foto sama macam melukis, bezanya foto kamu hanya perlu memilih sudut sudut yang baik sedangkan melukis kamu harus mencipta sudut sudut yang baik. Tetapi rules dia masih sama, horizon nya, cahaya nya, tone nya, garisan nya (dalam foto panggil line leading kalau tak silap), Rules of third, dan beberapa pekara lagi lah." Aku ingat sangat kata kata ni. Sampai satu hari aku berkenalan dengan seorang fotografer cum painter cum graphic designer cum sculptrure..... fuhhhhhhh hasil foto dia sangat marvelous. Aku percaya pada ungkapan "tahap kepuasan seorang pelukis adalah yang paling tinggi" tetapi aku hanya seorang tukang tangkap gambar, melukis jauh sekali (dulu bila abah aku tanya meh nak tengok kamu lukis apa? tak nampak pun apa yang kamu lukis ni. Aku jawab "memang tak nampak sebab orang lukis kuman" , sekali abah aku balas balik daaa...." lain kali lukis kuman tu besar sikit, baru nampak" hahahahahahahahah.)

antara koleksi yg tak seberapa.

sillohuet ni kat kuala kedah. outing dgn farizal

ni siluet kat pantai batu buruk (aku gi training daa) hahahaha
Reflection masjid terapung
high pass shoot kat kg aku..lepas burung yang tersangkut
cuba shoot potrait atau dengan kata lain capture the mood
another potrait with tomoe




Sunday, February 10, 2008

Love & Marriage


>> A student ask a teacher, "what is love?"
>> The teacher said, "in order to answer your
>> question, go to the padi field and choose the
>> biggest padi and come back.
>>
>> But the rule is: you can go throught them only
>> once and cannot turn back to pick."
>>
>> The student went to the field, go thru first row,
>> he saw one big padi,but he wonders....may be
>> there is a bigger one later.
>>
>> Then he saw another bigger one... but may be
>> there is a even bigger one waiting for him.
>>
>> Later, when he finished more than half of the
>> padi field, he start to realise that the padi is not as
>> big as the previous one he saw, heknow he has
>> missed the biggest one, and he regretted !!!!
>>
>> So, he ended up went back to the teacher with
>> empty hand. The teacher told him, "...this is love...
>> you keep looking for a better one, but when later
>> you realise, you have already miss the person...."
>>
>> "What is marriage then?" the student asked.
>> The teacher said, "in order to answer your
>> question, go to the corn field and choose the
>> biggest corn and come back.
>>
>> But the rule is: you can go throught them only
>> once and cannot turn back to pick."
>>
>> The student went to the corn field, this time he
>> is careful not to repeat the previous mistake, when
>> he reach the middle of the field, he has
>> picked one medium corn that he feel satisfy,
>> and come back to the teacher.
>>
>> The teacher told him, "this time you bring back
>> a corn.... you look for one that is just nice, and
>> you have faith and believe this is the best one
>> you get.... this is marriage."

" ada impak besar dalam hidup aku...bila aku baca email ni. aku ingin kongsi bersama dengan semua sahabat sahabat aku"

Dalam hubungan, kita terlalu mencari kesempurnaan. terlalu.Ungkapan 'she/he not my taste' selalu kita dengar dan tak kurang juga selalu kita sebut. "Taste" itulah yang binasakan kita. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. lalu bermula lah pencarian kita untu
k menepati taste kita. Sampai bila kita akan bertemu taste kita.....maka akhirnya kita akur dengan kehendak suratan. Taste atau rasa itu bagi aku perlu dipupuk, di baja agar ianya sentiasa segar sampai ketua hatta sampai mati sekalipun. Fitrah manusia tidak pernah puas.... ketidak puasan ini menjadikan manusia itu tak pernah bersyukur. Kata kawan aku...cakap memang mudah. Ya aku akui cakap memang mudah, andai kita diberi pilihan sudah tentu pilihan kita yang terbaik untuk kita. Persoalanya, siapakah kita untuk tetntukan dia terbaik untuk kita. Kita terlalu kecil untuk mengetahui yang disebalik. Maka ...kita disaran berdoa. Doa adalah senjata kita. Beserah pada dia, kerana hanya dia yang tahu siapa yang terbaik buat kita.

Satu hari aku dinasihatkan oleh seseorang yang aku amat kagum, aku amat sanjung dan segalanya amat...." kita tak boleh paksa diri kita untuk menyayangi seseorang dan kita juga tak boleh memaksa untuk dia menyayangi kita, apa yang kita mampu buat hanya berdoa agar jika dia baik untuk kita bukalah sedikit ruang dihati dia buat kita" dan yang penting selepas itu jangan sesekali berharap. Tawakkal adalah jalan yang terbaik. Aku kagum dengan setiap ucapanya walaupun dia jauh lebih muda dari aku. Pengalaman hidup nya mengajar dia lebih kenal erti hati.

Pernah satu hari seorang senior aku dulu dulu (aku rindu senior aku sorang ni) bagitau....." anjang, nanti kalau kau nak cari pasangan cari yang kasih dia pada allah dulu sebelum kau, cari yang cinta dia pada ibu bapanya dulu dari kau, cari yang air mata dia untuk dosa nya dulu dari kau, cari yang waktu solat nya lebih dari kau, cari yang rindunya pada wudhuk melebihi rindunya pada kau." aku tanya balik....bukankah itu satu kesempurnaan dan kita tak kan dapat kesempurnaan itu. Katanya " aku tak sebut tentang rupa paras...kalau aku tambah ciri ciri rupa...maka itu kesempurnaan" dalam hati aku ...bukan mudah. Sebab , kita perlu ada ciri ciri tersebut sebelum boleh menuntut ciri ciri tersebut dari orang lain. Aku berpegang pada kejadian rusuk itu sendiri...bengkok dan lembut. Maka sebagai lelaki kita harus menerima bengkok dan lembut itu seadanya. Perbualan kami tergantung...aku ditinggal dengan seribu persoalan.

Abah aku pernah sound aku pada usia aku lewat 25 dulu....dia tau time tu aku dah patut mencari. Dia tau aku ada ramai kenalan dan dia tau aku buntu. So satu petang dia panggil aku...ayat biasa dia bila dia panggil aku sorang sorang 'tak de apa saja panggil...gentlemen talk jer' aku dah panik waktu tu....apa pulak nih. 1st dia tanya dgn siapa aku kawan sekarang....telan air liur aku. 2nd dia tanya apa plan 5 tahun lagi...yang ni aku boleh pusing lagi. 3rd dia tanya semingu berapa kali dating, dia kata abah kat sini ko kat KL, abah just nak tau.....ya allah terkedu aku...macam mana nak jawab ni. Aku pun jawab lah....yang mana aku boleh jawab, sekali dia sound bila bercakap tengok mata baru nampak ikhlas. adussssssssssssssssssssssssssss. last sekali dia bagitau abah tak boleh pilih siapa yang terbaik untuk kamu (kamu ni standard la ganti nama untuk org perak macam aku ni)dan kamu pun tak mampu nak pilih. Cuma kamu kena cari dengan siapa kamu tak boleh hidup tanpa dia daripada kamu cari kamu hendak hidup dengan siapa. Standard abah aku penutup kata kata dia ....." faham..?" aku angguk jer. Nak jer aku sebut Jessica Alba....kang ada yang kena makan penampar. hahahahahahaha.

Kesimpulanya bagi aku. kita hanya mampu mencari dan jgn berhenti mencari. Iringkan dengan doa dan tawakkal kepada apa yang telah kita jumpa dalam pencarian. Insyaallah kita akan lebih besyukur.

Cermin diri dan belajar menerima....

anjang aka orang kampung



3 wan's bersidang


Kedatangan sahabat dari penang (wan raja) adalah satu penghormatan buat kami di AKRAB dan aku secara peribadi. Bukan senang orang orang yang berbakat besar untuk datang duduk bersama sama kami. Peluang ini tak dilepaskan bergitu sahaja. Maaf wan kalau layanan kami tak seberapa.....( hang jgn report mak pulak hahahahahahahahaha). Maka bersidang 3 wan di satu meja empat segi (bukan round table) di sebuah kedai siam yang dah lama org melayu kaya kan dia.

Perbincangan lebih kepada perancangan gabungan persembahan teater oleh 3 grup terpencil. Wan big bro cadang bawak Asyura. Antara alasan da big bro wan.... skrip kuat, skrip untuk bangsa, dekat dengan masyarakat, mudah di fahami oleh masyarakat banyak, tidak mempersia siakan himpunan pelakon pelakon yang kuat (kuat level kami je lah...jgn compare green apple dgn buah mempelam). Wan seolah olah faham air muka kami bila dia sebut Asyura. macam ada tertulis kat muka aku n wan raja " kenapa asyura?" maka bersungguh sungguh lah dia terang kenapa Asyura.

Sebuah persembahan yang baik adalah bermula dari ketetapan skrip oleh pengarah. Ini yang pertama. Sejak aku mula terlibat dengan teater masa di sana dulu....ayat ini tak pernah lekang di mulut mulut penasihat (kalau boleh aku guna term nih)....tugas pengarah yang pertama adalah membuat keputusan memilih skrip. Pengarah tidak boleh semborono mengambil skrip mengikut kehendak pelakon atau ada sentimen lain. So........ terpulang lah kepada usop dgn bahari nanti.

Bermula dari Asyura perbincangan dah bertukar kepada perbualan.....terkeluar idea aku untuk monolog kan "Cumbuan Dosa Semalam" aku tertarik sebab aku nampak banyak xplorasi yang boleh dibuat. Apa yang tertarik lagi cerita tersebut nampak ala feminisme dan aku terfikir untuk xperimen kan dengan skrip aku nanti "Aku lah lelaki itu....(ALI)" ALI adalah sebuah cerita yang dibuat secara berterus terang akan rasa rasa hati lelaki yang selama ini tak terkeluar langsung. Lelaki juga ditindas. Cuma ego mereka yang menutupnya. Tunggulah dia siap nanti.....aku dah nampak siapa nak bawak.....aku nak pinjam Bakawalee nyer hero hero sat.

Kami diamanah kan untuk menjaga wan raja sebaik mungkin (hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahaha....adehhhhhhhh) amanah tu kami cuba selesaikan sebaik mungkin. Bukan apa sewaktu kunjungan kami ke Penang Bakawalee dan wan raja dah entertain kami sebaik mungkin, kini tiba giliran kami. Insyaallah bila lawatan korang sekali lagi ke sini kita akan buat yang lebih sempoi. Kebtulan dengan raya cina nih banyak tempat tutup.....len kali kami tau nak bawak kowang gi mana.....tak yah risau kami tau mana nak bawak hahahahahahahahah

Sepanjang persidangan dari semalam sampai petang tadi aku tak habis habis gelak tengok gelagat big bro wan. Layan jer wan raja.....layan jer....dia ni kena layan sikit...jgn lawan hahahahahahahahahaha. Aku teringat kata kata wan 2 (wan raja)... ' aku tak pernah jadi macam ni" hahahahha tu kata kata hikmat bro. Hikmat peringkat ke 6. Jiwa tengah kacau tu bro...kita layan je lah. Aku confirm semua tu adalah gurauan dia semata-mata.

Drops, coffea dan cincin buat aku tersenyum sorang sorang. Sempat lagi bisness sakarstik item hahahahahahahhaa. adehhhhh semua tu kenangan manis buat aku hari ni. Satu lagiiiiiii.......... word terengganu tak boleh sebut sepanjang perbincangan 3 wan. hahahahahahahahahahahahahaha adehhhhhhhhhhh. Aku terpaksa bagitau " apakah terengganu tak diiktiraf sebagai salah satu negeri di Malaysia, sehingga langsung tak boleh disebut?"........ aku tak leh tahan nak gelak masa tu. Wan 2 & wan 3 (aku) lebih banyak ambil pendekatan diam dan layan. dah dah dah tutup bab tu..... segalanya hanyalah gurauan kami semata-mata.

DVD ABANG dan impak? tak aku sangka ABANG pun jadi buruan kawan kawan aku....memang sempoi giler. Aku sampai terbayang bayang setiap scence dalam cerita tu.....yup betul wan2 , lagu simfoni kasih tu memang menyentuh gila. Cerita tu bertanggung jawab dalam bermulanya minat aku pada dunia filem , acting dan pengarahan. Memang pada waktu dulu aku tak kenal term term ni, tapi seolah olah ada sesuatu yang menarik minat aku pada pengucapan dialog dan moment moment yang dibawa. Aku tahu kenapa aku minat sangat cerita ni dulu, setelah aku belajar mengenai dunia persembahan. Dengan kata yang lebih tepat "pengembaraan rasa". Rasa kita dibawa oleh satu moment ke satu moment. Aku tak hairan dalam entry buta seni dia kata dia menangis....sebab aku pun sama. sensitif? biarlah apa penakrifan sekalipun kerana aku hampir terima kenyataan seorang idola aku manusia itu makhluk perasa. tapi entahlah.


Saturday, February 9, 2008

Guraun adik beradik

video
--- Gurauan.... ada yang hairan bila kami bergurau di tahap maksima. Ini terlalu sedikit, kalau nak dibandingkan dengan istilah 'meeting' yang kami selalu gunakan. ----

Petang tadi selepas selesai audition dgn sahabat dari seberang jambatan , kami ambil kesempatan untuk lepak lepak kat wakaf yang ada sekitar tempat audition. Entah macam mana datang satu idea untuk menyakat kawan kawan. Hahahahahahahahahaha aku gelak macam nak pengsan. Gurauan ini yang menjadikan kami bertambah AKRAB. Biar pekara peribadi hingga ke pekara umum....biarlah pada mulanya rahsia dan akhirnya rahsia itu dikongsi. Tidak ada sekatan dalam berhujah apa lagi kutuk secara berdepan. Terasa? memang normal kalau terasa....tapi ini lah latihan kami untuk hadapi masyarakat banyak. Kutukan dan tohmahan dah jadi mainan masyarakat. Beruntung bagi mereka yang ada komuniti kecil, kerana mereka ini akan belajar menghadapi komuniti yang lebih besar. Selalunya sikap sikap yang ada dalam komuniti yang kecil adalah secara tidak langsung mewakili sifat sifat baru manusia dalam komuniti yang lebih besar. Biarpun gurauan ini nampaknya tidak matang tetapi penerimaan kepada gurauan itu yang mematang kan kita.

Curang

video

- masa aku kerja di sebuah agensi pengiklanan terkemuka (kononnn) dulu, ada satu undang undang yang aku tak boleh lupa. Setiap kali brainstorm idea, anda hanya akan diberi peluang 3 kali. Seandainya anda tidak bersedia dengan sebarang idea 3 kali berturut2, anda dinasihat kan berhenti. Fuuuuhhhhhhhh kena resign kalau masuk meeting ngan idea zero-

Antara iklan yang aku kagum adalah iklan ini. Thailand memang banyak produce iklan yang best best.

---- aku letih nak komen pasal curang....dah penat menghadapi kecurangan. Orang Curang dengan kerja, orang yang curang dengan amanah, curang dengan kepercayaan dan kita selalu curang dengan tuhan. --- aku penat . Aku juga tak lepas dari kecurangan.

anjang aka org kampung

Friday, February 8, 2008

Terharu


Terharu.... ini saja perkataan yang boleh aku ungkap atas keraian keluarga angkat aku petang tadi. Keluarga angkat ini aku kenali semasa program keluarga angkat sebulan yang lepas. Mereka bukan lah dari keluarga yang mewah tapi cukup kaya dengan sopan santun dan nilai nilai harmoni yang aku rasa dah semakin hilang sekarang. Aku tak kata di kalangan kita sudah hilang nilai nilai murni ni...masih ada.

Kami sampai lewat, sepatutnya pagi pagi lagi dah ada sana untuk tolong serba sedikit apa yang patut. Kami tiba lepas jumaat. Kata orang datang duduk dan makan jer....heheheheh. Satu yang aku kagum kampung ni semua mak angkat program hari tu kami panggil mak. Tak kira lah mak siapa. Bayangkan kedatangan kami di nanti oleh semua org kampung. padahal kami datang 3 orang jer pada mulanya. Mak sediakan hidangan asing di belakang termasuk lah mak angkat lain nya yang turut ambil berat hidangan kami. Aduuhhhhhhh....malu pun ada. Tapi itu lah masyarakat kampung, sifat meraikan tetamu itu masih tebal dikalangan mereka. Ada dikalangan kita yang masih berat untuk menerima tetamu dan mengganggap mereka satu beban buat kita. Sedangkan islam sendiri menggalakkan kita menghoramati dan merai kan tetamu. Kata org...tetamu itu mebawa rezeki buat kita.

Menu ikan talapia bakar, ikan keli masak cili, gulai ayam kampung, ulam ulaman, mencabar aku dengan cukup kuat. Aku cuba tidak mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak sebab aku duk nampak ikan bakar tu harus dikerjakan secukupnya. Nah......3 0rang kami hampir 7 ekor ikan talapia merah bakar.

Bukan ikan atau bakar yang jadi persoalan aku. Soalnya berapa ramai antara kita yang masih menganggap tetamu itu besar maknanya.


Thursday, February 7, 2008

Sehari bersama karya sahabat sahabat ku



Menonoton "Cumbuan Dosa Semalam" karya usop dan arahan wan raja, memberi kesan dan impak dalam hati aku. Impak dan kesan yang paling besar , apabila aku terfikir kenapa kita semakin hilang rasa terima kasih pada tuhan. Karya ini menghimpun masalah moral yang dahulu nya luar biasa kini sudah jadi biasa biasa. Bertapa jauh nya kita dengan rasa terima kasih pada tuhan sehingga kan masalah besar kini hanya menjadi biasa. Usaha wan raja dan usop menyampaikan pesanan mereka melalui pentas adalah amat baik dan tepat. Kebetulan pula para audian nya adalah dikalangan mereka yang terdedah dengan permasalahan ini. Mudah mudahan pesanan mereka ada tempat disisi allah s.w.t.

Pada satu hari aku terima emel 2 remaja pelatih veterinar bergambar bersama anak anak babi dalam keadaan yang cukup merelakan. Lalu terjadi perbalahan dalam banyak diskusi forum di internet. aku terpanggil untuk mencelah di salah satu sessi forum. antara isi kenyataan aku ".... kadang kadang aku rasa biarlah mereka bergambar dan bersentuhan dengan babi tersebut. Sebab najis najis tersebut boleh disamak daripada gambar gambar mereka berpelukan memegang pasangan masing masing. Kerana menyentuh teman lelaki atau wanita berdosa dan tidak boleh disamak." bagi aku kita selalu selindung isu besar dan angkat isu kecil. Dalam pementasan "cumbuan dosa semalam" mereka mengangkat isu besar.

" Terlalu banyak pemberian dia yang kita terlupa"

anjang
alor star
my fotopages
my theater grup (AKRAB)
my fotowedding series