Thursday, February 7, 2008

Sehari bersama karya sahabat sahabat ku



Menonoton "Cumbuan Dosa Semalam" karya usop dan arahan wan raja, memberi kesan dan impak dalam hati aku. Impak dan kesan yang paling besar , apabila aku terfikir kenapa kita semakin hilang rasa terima kasih pada tuhan. Karya ini menghimpun masalah moral yang dahulu nya luar biasa kini sudah jadi biasa biasa. Bertapa jauh nya kita dengan rasa terima kasih pada tuhan sehingga kan masalah besar kini hanya menjadi biasa. Usaha wan raja dan usop menyampaikan pesanan mereka melalui pentas adalah amat baik dan tepat. Kebetulan pula para audian nya adalah dikalangan mereka yang terdedah dengan permasalahan ini. Mudah mudahan pesanan mereka ada tempat disisi allah s.w.t.

Pada satu hari aku terima emel 2 remaja pelatih veterinar bergambar bersama anak anak babi dalam keadaan yang cukup merelakan. Lalu terjadi perbalahan dalam banyak diskusi forum di internet. aku terpanggil untuk mencelah di salah satu sessi forum. antara isi kenyataan aku ".... kadang kadang aku rasa biarlah mereka bergambar dan bersentuhan dengan babi tersebut. Sebab najis najis tersebut boleh disamak daripada gambar gambar mereka berpelukan memegang pasangan masing masing. Kerana menyentuh teman lelaki atau wanita berdosa dan tidak boleh disamak." bagi aku kita selalu selindung isu besar dan angkat isu kecil. Dalam pementasan "cumbuan dosa semalam" mereka mengangkat isu besar.

" Terlalu banyak pemberian dia yang kita terlupa"

anjang
alor star
my fotopages
my theater grup (AKRAB)
my fotowedding series

No comments: