Saturday, February 9, 2008

Guraun adik beradik


--- Gurauan.... ada yang hairan bila kami bergurau di tahap maksima. Ini terlalu sedikit, kalau nak dibandingkan dengan istilah 'meeting' yang kami selalu gunakan. ----

Petang tadi selepas selesai audition dgn sahabat dari seberang jambatan , kami ambil kesempatan untuk lepak lepak kat wakaf yang ada sekitar tempat audition. Entah macam mana datang satu idea untuk menyakat kawan kawan. Hahahahahahahahahaha aku gelak macam nak pengsan. Gurauan ini yang menjadikan kami bertambah AKRAB. Biar pekara peribadi hingga ke pekara umum....biarlah pada mulanya rahsia dan akhirnya rahsia itu dikongsi. Tidak ada sekatan dalam berhujah apa lagi kutuk secara berdepan. Terasa? memang normal kalau terasa....tapi ini lah latihan kami untuk hadapi masyarakat banyak. Kutukan dan tohmahan dah jadi mainan masyarakat. Beruntung bagi mereka yang ada komuniti kecil, kerana mereka ini akan belajar menghadapi komuniti yang lebih besar. Selalunya sikap sikap yang ada dalam komuniti yang kecil adalah secara tidak langsung mewakili sifat sifat baru manusia dalam komuniti yang lebih besar. Biarpun gurauan ini nampaknya tidak matang tetapi penerimaan kepada gurauan itu yang mematang kan kita.