Sunday, February 10, 2008

3 wan's bersidang


Kedatangan sahabat dari penang (wan raja) adalah satu penghormatan buat kami di AKRAB dan aku secara peribadi. Bukan senang orang orang yang berbakat besar untuk datang duduk bersama sama kami. Peluang ini tak dilepaskan bergitu sahaja. Maaf wan kalau layanan kami tak seberapa.....( hang jgn report mak pulak hahahahahahahahaha). Maka bersidang 3 wan di satu meja empat segi (bukan round table) di sebuah kedai siam yang dah lama org melayu kaya kan dia.

Perbincangan lebih kepada perancangan gabungan persembahan teater oleh 3 grup terpencil. Wan big bro cadang bawak Asyura. Antara alasan da big bro wan.... skrip kuat, skrip untuk bangsa, dekat dengan masyarakat, mudah di fahami oleh masyarakat banyak, tidak mempersia siakan himpunan pelakon pelakon yang kuat (kuat level kami je lah...jgn compare green apple dgn buah mempelam). Wan seolah olah faham air muka kami bila dia sebut Asyura. macam ada tertulis kat muka aku n wan raja " kenapa asyura?" maka bersungguh sungguh lah dia terang kenapa Asyura.

Sebuah persembahan yang baik adalah bermula dari ketetapan skrip oleh pengarah. Ini yang pertama. Sejak aku mula terlibat dengan teater masa di sana dulu....ayat ini tak pernah lekang di mulut mulut penasihat (kalau boleh aku guna term nih)....tugas pengarah yang pertama adalah membuat keputusan memilih skrip. Pengarah tidak boleh semborono mengambil skrip mengikut kehendak pelakon atau ada sentimen lain. So........ terpulang lah kepada usop dgn bahari nanti.

Bermula dari Asyura perbincangan dah bertukar kepada perbualan.....terkeluar idea aku untuk monolog kan "Cumbuan Dosa Semalam" aku tertarik sebab aku nampak banyak xplorasi yang boleh dibuat. Apa yang tertarik lagi cerita tersebut nampak ala feminisme dan aku terfikir untuk xperimen kan dengan skrip aku nanti "Aku lah lelaki itu....(ALI)" ALI adalah sebuah cerita yang dibuat secara berterus terang akan rasa rasa hati lelaki yang selama ini tak terkeluar langsung. Lelaki juga ditindas. Cuma ego mereka yang menutupnya. Tunggulah dia siap nanti.....aku dah nampak siapa nak bawak.....aku nak pinjam Bakawalee nyer hero hero sat.

Kami diamanah kan untuk menjaga wan raja sebaik mungkin (hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahaha....adehhhhhhhh) amanah tu kami cuba selesaikan sebaik mungkin. Bukan apa sewaktu kunjungan kami ke Penang Bakawalee dan wan raja dah entertain kami sebaik mungkin, kini tiba giliran kami. Insyaallah bila lawatan korang sekali lagi ke sini kita akan buat yang lebih sempoi. Kebtulan dengan raya cina nih banyak tempat tutup.....len kali kami tau nak bawak kowang gi mana.....tak yah risau kami tau mana nak bawak hahahahahahahahah

Sepanjang persidangan dari semalam sampai petang tadi aku tak habis habis gelak tengok gelagat big bro wan. Layan jer wan raja.....layan jer....dia ni kena layan sikit...jgn lawan hahahahahahahahahaha. Aku teringat kata kata wan 2 (wan raja)... ' aku tak pernah jadi macam ni" hahahahha tu kata kata hikmat bro. Hikmat peringkat ke 6. Jiwa tengah kacau tu bro...kita layan je lah. Aku confirm semua tu adalah gurauan dia semata-mata.

Drops, coffea dan cincin buat aku tersenyum sorang sorang. Sempat lagi bisness sakarstik item hahahahahahahhaa. adehhhhh semua tu kenangan manis buat aku hari ni. Satu lagiiiiiii.......... word terengganu tak boleh sebut sepanjang perbincangan 3 wan. hahahahahahahahahahahahahaha adehhhhhhhhhhh. Aku terpaksa bagitau " apakah terengganu tak diiktiraf sebagai salah satu negeri di Malaysia, sehingga langsung tak boleh disebut?"........ aku tak leh tahan nak gelak masa tu. Wan 2 & wan 3 (aku) lebih banyak ambil pendekatan diam dan layan. dah dah dah tutup bab tu..... segalanya hanyalah gurauan kami semata-mata.

DVD ABANG dan impak? tak aku sangka ABANG pun jadi buruan kawan kawan aku....memang sempoi giler. Aku sampai terbayang bayang setiap scence dalam cerita tu.....yup betul wan2 , lagu simfoni kasih tu memang menyentuh gila. Cerita tu bertanggung jawab dalam bermulanya minat aku pada dunia filem , acting dan pengarahan. Memang pada waktu dulu aku tak kenal term term ni, tapi seolah olah ada sesuatu yang menarik minat aku pada pengucapan dialog dan moment moment yang dibawa. Aku tahu kenapa aku minat sangat cerita ni dulu, setelah aku belajar mengenai dunia persembahan. Dengan kata yang lebih tepat "pengembaraan rasa". Rasa kita dibawa oleh satu moment ke satu moment. Aku tak hairan dalam entry buta seni dia kata dia menangis....sebab aku pun sama. sensitif? biarlah apa penakrifan sekalipun kerana aku hampir terima kenyataan seorang idola aku manusia itu makhluk perasa. tapi entahlah.


3 comments:

Pegawai Khalwat said...

Hai Wan-wan!

Butaseni@Wan Raja said...

uih habis semua hang cerita dalam ni.uih hampa layan aku macam raja wan,bukan wanraja.macam tu hang kata tak seberapa lagi.
bab tu asyura,aku takda masalah,terpulang kepada pengarah-pengarah agong utara nanti untuk decide.
bab nganu tu...hahahaha
aku teraniaya hahahahaha
bab abang tu...aku sokong hang sepenuhnya...best gila.tak tau ada dak lagi crita yang boleh lawan dia.
hang jaga big bro tu elok-elok,jiwa dia mudah tersentuh hahaha

orang kampung said...

to pegawai khalwat: tanda seruan hang tu 1000 pound nilai nya. hahahahahahahahahahahah

to butaseni: hang adalah raja segala wan...termasuklah bangsawan. hahahha. ehhh detail ke bro? hahahahaha aku lupe. kalau dia baca ayat hang yang last tu "hang jaga big bro elok2" dia mesti sound kita ooooooo tang aku hang suruh safuan jaga noooo........hang....hahahahahahahaha mampusssss.