Friday, February 8, 2008

Terharu


Terharu.... ini saja perkataan yang boleh aku ungkap atas keraian keluarga angkat aku petang tadi. Keluarga angkat ini aku kenali semasa program keluarga angkat sebulan yang lepas. Mereka bukan lah dari keluarga yang mewah tapi cukup kaya dengan sopan santun dan nilai nilai harmoni yang aku rasa dah semakin hilang sekarang. Aku tak kata di kalangan kita sudah hilang nilai nilai murni ni...masih ada.

Kami sampai lewat, sepatutnya pagi pagi lagi dah ada sana untuk tolong serba sedikit apa yang patut. Kami tiba lepas jumaat. Kata orang datang duduk dan makan jer....heheheheh. Satu yang aku kagum kampung ni semua mak angkat program hari tu kami panggil mak. Tak kira lah mak siapa. Bayangkan kedatangan kami di nanti oleh semua org kampung. padahal kami datang 3 orang jer pada mulanya. Mak sediakan hidangan asing di belakang termasuk lah mak angkat lain nya yang turut ambil berat hidangan kami. Aduuhhhhhhh....malu pun ada. Tapi itu lah masyarakat kampung, sifat meraikan tetamu itu masih tebal dikalangan mereka. Ada dikalangan kita yang masih berat untuk menerima tetamu dan mengganggap mereka satu beban buat kita. Sedangkan islam sendiri menggalakkan kita menghoramati dan merai kan tetamu. Kata org...tetamu itu mebawa rezeki buat kita.

Menu ikan talapia bakar, ikan keli masak cili, gulai ayam kampung, ulam ulaman, mencabar aku dengan cukup kuat. Aku cuba tidak mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak sebab aku duk nampak ikan bakar tu harus dikerjakan secukupnya. Nah......3 0rang kami hampir 7 ekor ikan talapia merah bakar.

Bukan ikan atau bakar yang jadi persoalan aku. Soalnya berapa ramai antara kita yang masih menganggap tetamu itu besar maknanya.


No comments: