Wednesday, June 25, 2008

sampai bila nak berteater...?


sampai bila nak berteater...? ada yg bertanya. Kadang2 aku pun tertanya-tanya jugak. Bagi aku terpulang kepada tahap kepuasan seseorang (penggiat). Kalau sampai satu masa dia dah rasa bosan, dah rasa medium pentas tidak lagi memberi impak pada kepuasan maka begerak lah kita ke medium yang lain. Jawapan ini hampir sama jika ditanya kepada seorang kaki pancing bila nak berhenti memancing. Seperti yang telah aku nyatakan dalam entry yang lepas, teater adalah ruang kecil untuk penggiat nya menyatakan sesuatu kepada khalayak. Mereka ini tidak ada ruang lain selain pentas, maka bagi golongan ini pentas adalah tempat yang sewajarnya malah selari dengan minat mereka.
Kenapa perlu suruh org berfikir bila menonton karya pementasan? Sebenarnya tak ada siapa yang suruh berfikir pun, mereka hanya suruh melihat dan seandainya dalam penglihatan itu kita terfikir sesuatu , maka bersyukurlah kerana kita masih mampu berfikir pada ketika itu. Tiada paksaan untuk berfikir setiap karya pementasan.
Kenapa tak bercerita secara mudah? belum ada yang dibuat untuk susah. Terpulang kepada kita melihat. Kalau kita melihat burung itu burung, maka burung lah dia. Tetapi kalau anda melihat burung itu tupai, maka apa lagi yang harus saya kata kan. Cerita yang naskah nya berat atau susah selalu nya Pengarah terlebih dahulu berfikir untuk memudahkan gaya penceritaan nya. Tidak ada pengarah yang sengaja menyukarkan naskah yang mudah untuk diceritakan dengan susah payah. Kecuali kalau pengarah sendiri kurang pasti keseluruhan kehendak penulis.

Kenapa perlu kritis dalam persembahan ? Berikan saya cerita yang tidak ada kritis. Hatta iklan yang 3 minit pun ada. Kadang-kadang hanya kerana teater dibawa oleh org muda, mereka dah di hukum bersemangat terlebih.

Kenapa perlu berteater? (soalan hampir sama)... saran kan kami hobi yang hampir sama dengan teater. Insyaallah kami akan tinggalkan teater. anjang

7 comments:

Anonymous said...

Teater itu satu kepuasan? herm.. ya, mmg satu kpuasan bt insan seni.. seakan satu ketagihan untuk berteater pd yg berminat.. kan?

Butaseni@Wan Raja said...

memang pelbagai cara untuk kita sampai kkepada umum sebarang pendapat,sama ada yang baik atau bercorak sinis.
surat khabar,majalah dan tv adalah cara yang direct tanpa perlu orang berfikir tetapi teater adalah satu bentuk penyampaian yang lebih intelektual untuk umum berfikir sambil berhibur.ia memerlukan imaginasi dan kreativiti untuk menyampai pendapat.

artisticklytouch said...

sampai bila nak berteater?
SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

kenapa perlu berfikir semasa menonton?
AKU SETUJU...TAKDE SAPE SUH KO BERPIKIR TAPI ELOK KALAU KO BULEH BERFIKIR YE TAK?

kenapa tak bercerita secara mudah?
NAK MUDAH MACAM MANA LAGI? DEFINASIKAN MUDAH. ADAKAH HIDUP KITA INI MUDAH? ADA PENGARAH YANG GEMAR MENYUKARKAN NASKAH YANG MUDAH HA HA ADA....PENGGIAT PENANG MEMANG KENAI DIA NI

kenapa perlu kritis?
KENAPA TIDAK BOLEH KRITIS? SEE NO EVIL, HEAR NO EVIL AND SPEAK NO EVIL KALAU BEGITU

kenapa perlu berteater?
KENAPA PERLU BEKERJA?

*aku...penggiat yang sedang berehat

Pegawai Khalwat said...

Hang kena buat tag ka ni?

tegezoot said...
This comment has been removed by the author.
tegezoot said...

berhenti teater pi jual minyak urat kat lorong kulit..

orang kampung said...

pc:- ketagih?..penggiat tegar.

bs: bijak berimaginasi memberi perbezaan yang besar.

artouch: berehat untuk bernafas lebih baik dari bergerak sampai semput.

pk:aku tag aku sendiri hahahahahahaha

tergezoot:- aik jual minyak ka....? hahahahhaahha