Wednesday, March 12, 2008

Semua mula menjadi penganalisis...

Semakin hari semakin ramai lahir penganalisis politik dan tak kurang penganalisis bangsa. Masing masing mula bijak berhujah. parlimen kedai kopi seakan akan lebih hangat dari parlimen sebenar. kalau dulu mungkin org pandang remeh parlimen kedai kopi....nah sekarang terbukti parlimen kedai kopi turut mainkan peranan. Ada yang menganalisis dengan emosi, ada yang menganalisis dengan fakta dan tak kurang yang menganalisis dengan angin (follow crowd). Biar apa pun.... biarlah... mereka sekadar mengulas apa yang telah mereka putuskan. Sekurang kurang nya rakyat kita dah pandai mengulas. Tak kira peringkat umur tak kira latar belakang sosial. Satu pembaharuan jugak tu. Apa yang penting tugas kita mesti diteruskan....saban hari semakin banyak tuntutan kita untuk keluarga dan diri sendiri. Jgn sampai tak da mood nak datang kerja, jangan sampai asyik mengulas hingga terlupa tugas hakiki.
Selamat bekerja semula.

anjang.

9 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ya, keputusan terbaru secara positifnya membuatkan rakyat kita sudah mula berfikiran kritis.

Anonymous said...

ini yang di namakan menuju ke arus permodenan..tak kira dari segi pembangunan negara..malah intelektual makin berkembang..melahirkan ramai golongan profesional malah bangkit memperjuangkan nasib bangsa dan negara..hak hak hak..cam owang berpolitik lah saye...:P

Anonymous said...

kita selalu "terlupa" dari mana aslnya bermula... bukan isu remeh yang sepatutnya "dibesarkan...:

jgn cuma ckp
"kita try tgk mcm mana yang baru..."

tapi fikir
"kalau tukaq nnti, selesa ka kita ni..."

halalkah darah daging kalau makan "duit subsidi" yang dikatakan "haram???"

halalkah ilmu kalau bayaq guna "duit subsidi" yang dibagi oleh "tangan yang haram???"

Jgn sanpai "ayam menang kampung tergadai..."

Jgn sampai "mintak sedekah dibumi sendiri..."

JGN SALAHKAN TAKDIR, KERANA TAKDIR TERJADI ATAS SEBAB PILIHAN YANG DIBUAT...

*Peace, Love & Respect*

orang kampung said...

pegawai khalwat:- ada hikmah dalam setiap kejadian.

lovelyayangazli: first....nick name panjang letih nak taip balik. :).--- ni bakal adun muor. semangat nih.

nextchapter80:- dat, terkenang lagu anak kecil main api. Tapi dat , firman allah antaranya.....' tidak aku jadikan bumi ini sia-sia' maksudnya allah tak buat saja saja. semua pihak kena belajar dan muhasabah. - pesanan dari kawan2...balik aaa kalau berani, kalau nak debate. hahahhaha. bukan aku sound na.

Butaseni@Wan Raja said...

apa analysis hang tentang exco kebudayaan kedah :D

jinggo said...

semangat perjuangngan harmoni....

orang kampung said...

butaseni:- semalam di sebuah gym maksak sekitar jam 7.15 malam. Aku dah gaya2 nak balik, tiba2 naik seorang lelaki tua dengan pakaian untuk ke masjid. Disebabkan tempat tu agak tertutup dan sekuriti...maka pengguna boleh nampak pakcik ni terjenguk jenguk nak masuk.Salah sorang pekerja gym ni kelam kabut keluar nak tanya kot kot pak cik ni nak cari surau. Kami semua nampak pekerja ni berbual agak lama di luar dinding cermin tu. Masuk je pekerja tu dia bagi tau...." Gym tutup 7.30 bukak balik pukul 8.00, pak cik tadi suruh." Lalu sorang instructor tanya " dia sapa? awat nak tutup?" Dengan selamba pekerja tadi pi switch off all the music " dia exco sukan baru...dia suruh pi maghrib, lepas solat main balik". Aku terkejut vaviessssss sambil rasa berbangga.

cerita benar yg aku sendiri lalui semalam.

butaseni: -masih terlalu awal untuk buat rumusan but semangat yang pakcik tu tunjuk dah cukup buat aku bangga.

jinggo: - apa pun sahaja jika ada perkataan harmoni akan best. hehehehehehe.....

Anonymous said...

hohohoho....
balik mmg balik... insyaallah... sbb kalau jadi menggu depan aku shoot drama di penang, dengan fauzi nawawi..

debat?? hohoho... "panas" nmpak "kwn2.."

sbb tu aku ckp " JGN SALAHKAN TAKDIR, KERANA TAKDIR TERJADI ATAS SEBAB PILIHAN YANG DIBUAT... "

"perubahan" perlu untuk jadi yang lebih baik...

"hijrah" perlu untuk jadi yang lagi elok..

sbb tu
"Jgn sampai "mintak sedekah dibumi sendiri..."
"Jgn sampai "ayam menang kampung tergadai..."


*Peace, Love & Respect*

Anonymous said...

buka minda...