Saturday, March 22, 2008

Mencari tidur yang lena

Sebaik selesai minum bersama kawan yang pernah susah dengan aku satu masa dulu , segala-gala bermain di hati dan akal aku. Dulu kami sama sama membeli barang di imbi (masa tu low yat kalau sebut pun org tak tau lagi), sama-sama berhujan panas hantar barang pelanggan. nah, sekarang dia dah jauh berjaya dengan karier perniagaan nya. Jauh sangat dari aku. Antara Jutawan muda aku kira. Namun keluhan nya tadi buat terfikir, kita mampu beli tilam yang empuk tetapi tidak tidur yang lena. Kita mampu membeli makanan yang enak tetapi tidak mampu membeli puas. Kita mampu membeli rumah yang besar tetapi tidak mampu membeli keselesaan. Kita mampu membeli kereta yang mahal tetapi tidak mampu membeli keselamatan. Kita mampu membeli cinta tetapi tidak mampu membeli jiwa. Kita mampu menggaji pekerja tetapi kita tidak mampu membeli kejujuran.
Kawan aku seolah-olah menyesal dengan kekayaan yang diberi. Aku nasihatkan agar mensyukuri apa yang ada , jgn kufur nikmat . Baginya kekayaan telah membuatkan dia hilang jiwa, hilang rasa, hilang segalanya . Aku hanya mampu berkata bukan kaya yang menjadi puncanya.

anjang
-semua orang tak sama laluanya.

10 comments:

Anonymous said...

hati kosong..
jiwa kacau..
hati terisi..
jiwa tenang..

tegezoot said...

jangan lupa kita juga tak bleh beli hidup utk tidak mati.

Butaseni@Wan Raja said...

tapi kekayaan dan wang tetap menjamin keselesaan hidup.cuma cara kita menghadapinya.
duit duit,dimana kau duit?!
jeng jeng jeng

Pegawai Khalwat said...

Itulah gunanya konsep bersyukur.

jinggo said...

duit bukan segala-galanya.....

carilah diri...
carilah jiwa...

Bunga Rampai said...

Kekayaan yang diberi juga adalah satu ujianNya.

Salam :)

Mak Su said...

tentu ada cara untuk enjoy nikmat yg diberi...carilah bersama-sama.

Anonymous said...

Kekayaan yang diberi juga adalah satu ujianNya. - BUNGA RAMPAI

p/s - setuju!!!

"Peace, Love & Respect"

orang kampung said...

pc:- balik kepada asas insyaallah jiwa tenang. Jiwa perlu makanan. hehehe tq sis.

lee tegezoot:- hi dekat2 angpa dua nya komen hahahaha. Lee ayat hang aku teringat ayat ni " untuk ke syurga kita perlu mati. tapi tak semua yang mahu mati"

butaseni:- yup bro....duit bukan lah segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Unless kalau ada bakal bapak mertua yang masih sanggup syaratkan hantaran surah al-fatihah jer... dat time its ok. hahaha. ---- carldina jugak perlukan duit....

pk:- yup back to basic.....besyukur

jinggo:- yup bukan segala2 nya...tapi segala2nya perlukan duit.

br:- ujian dtg dalam pelbagai bentuk kan. itu salah satu.

maksu:- kdg2 kita yg terlupa cara tu.

dat nextchapter:- hang kalau bab setuju..laju hahahah

Anonymous said...

"setuju" tak semestinya "suka"...

"bangkang" tak semestinya "benci..."

"Peace, Love & Respect"