Wednesday, March 19, 2008

Terdampar

Terdampar tercetus bila seoarang kawan menceritakan kesilapan nya pada aku. Kebetulan bila aku rakam gambar ini di kepala aku terfikir....akhir nya terdampar juga dahan ni di pantai. Sedangkan satu masa dulu ianya nun jauh dipucuk. Ini bukan entry politik. Terdampar ... kali ini apabila kadang kadang kita terdampar dengan dosa yang selama ini kita tak pernah terfikir akan melakukan nya. Nama pun dosa....tidak ada manusia atas dunia ini bercita cita ingin membuat dosa. Alasan yang terbaik adalah "silap". Jangan yakin dengan kebaikan yang kita ada selagi kita tak pernah diuji dengan dosa. Dosa tak beerti jahat dan ia tak bermakna dosa itu harus diulangi. Mungkin sebaliknya kalau diulangi. Itu antara butir butir perbualan kami. Teringat aku pada buku " Terdampar dipintu syurga"

9 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

"semua manusia dilahirkan berdosda,kau berdosa,aku berdosa"
-dudok

jinggo said...

doosaaa....!!..??

tegezoot said...

Aku berdosa.

Mak Su said...

gunakanlah akal fikiran yng diberikan sebaik-baiknyer ya

orang kampung said...

butaseni:- setiap kita ada dosanya. Kalau nak ikut skrip malam jahanam " setiap orang ada jahanam nya, bezanya jahanam itu org nampak atau tidak"

jinggo:- dosa ...hahaha cara ko taip tu macam nak buat tajuk skrip ja.

tergezoot:- aku , kau mereka dan keluaraga mereka

maksu:- sejarah dah membuktikan akal sering dikalahkan......

Anonymous said...

sedar..

Bunga Rampai said...

Salam,

Gambar itu sangat indah, redup hati memandangnya. Membuat saya merenung jauh sebuah kehidupan yang fana.

Terima kasih tulisan ini.

Pegawai Khalwat said...

Muhasabah diri tidak semestinya di buat di Sabah.

Anonymous said...

bila "senang" kita selalu "lupa"...

bila "susah" baru nak "ingat"...

kita semua sama...
tapi, kerana seekor kucing kita bole masuk "tempat jahanam", kerana seekor anjing kita masuk "tempat yg paling mulia"

"Peace, love n Respect"