Wednesday, December 5, 2007

Kekasih Gelap ku

-

" aku pernah berjanji untuk setia seperti matahari setia kepada bumi, kerana aku tahu dalam masa yang sama matahari turut menyinari bulan. Seandainya kau turut menyalahi matahari kerana curang kepada bumi. Apalagi yang harus aku katakan"


(Gambar:sekadar hiasan) hahahahahahahaha. Ok let's talk about kekasih gelap ku. Kekasih gelap bukan lah membawa maksud kekasih kita tu hitam manis atau gelap sikit daripada kita. tak ada bila nya. Kekasih gelap membawa erti kekasih yang dipunyai oleh kita atau kita yang menjadi kekasih nya terpulang lah, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dalam bahasa mudah dan senang 'skandal' bunyi macam kasar. Kalau dalam bahasa yang lebih halus, tu la.."kekasih gelap". Kalau kita selalu panggil spare tyre. kenapa perlu ada kekasih gelap? Sebab kehendak manusia secara fitrah nya allah jadikan tak terbatas. Bezanya kita teruskan atau tidak atau kita tunai kan atau tidak je kehendak kita tu.
Salah ke ada kekasih gelap? Salah pun ada tak salah pun ada. Sendiri lah korang jawab. Tapi percaya atau tidak kekasih gelap ni sebenarnya semakin dah diterima dalam masyarakat. Even org akan cakap "ala biasalah....." fuhhhhhh dasyat dunia sekarang nih. Tapi ini lah hakikat. Suami org ada girlfriend dan isteri org ada girlfriend kadang kadang masyarakat dah lali. Benarlah nafsu itu adalah peperangan yang besar.

* ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yg kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yg panjang dalam hidupku

repeat *

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

hanya kerana kekasih gelap , manusia sanggup buang segala perasaan cemburu, perasaan dengki, perasaaan pra sangka. kalau pandang dari satu sudut bagus jugak ada kekasih gelap ni. Sebab kita boleh train diri kita supaya sentiasa berprasangka baik hahahahahahahahahaha. Yang paling penting ia mendidik org yang kekasih gelap tu agar tidak menjadi manusia yang tamak. hahahahahahahaha. Pelik kan? tapi itu lah hakikat.

anjang.
http://tukangklik.fotopages.com

3 comments:

Anonymous said...

hahaaaaa....menarik...seronok...suspen... dan pelbagai jenis rasa terjengul daripada perasaan yang boleh memberi impak kepada emosi, ego serta tindaklaku seseorang.

Adakah kekasih gelapku itu suatu anugerah tuhan yang memberi keutuhan ruang rezeki kepada ekonomi empayar seseorang itu atau suatu dugaan kepada seseorang tersebut di atas tindakrasa dan cemuhannya kepada orang-orang terdahulu yang pernah mempunyai kekasih gelap?

Ada yang memang sengaja mencari kekasih gelapnya (menggatal) dan ada pula yang mendapat kekasih gelap tanpa diduga. Pelik bila orang dengar ada kekasih gelap tanpa duga ni...tapi memang benar ia berlaku.. boleh berlaku... kuasa tuhan... memang ada hikmahnya. Perasaan berbelah bahagi wujud antara pilihan ya atau tidak? Salahkah lelaki itu jika ada dua tiga dan empatnya (secara sah la)? Penjenayah ka dia jika mempunyai lebih daripada satu?

Kita sentiasa berdoa meminta dimurahkan rezeki... memohon pada Illahi agar membuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk kita. Rezeki Allah Taala beri dalam berbagai cara. ada satu cerita berkaitan pemberian Allah nak tolong kita ni.

Maka alkisahnya berlaku banjir besar di sebuah kampung ni. Air naik hingga paras bumbung rumah. Bomba dan sukarelawan turun bantu selamatkan mangsa banjir ni dengan bot-bot. Ada seorang ni di atas bumbung rumahnya tak putus-putus menadah tangan ke langit berdoa memohon bantuan Illahi. Alhamdulillah dia yakin Allah akan membantunya hadapi dugaan ini. Datanglah bot bantuan Bomba dan petugas tu melaung "Pakcik, mai naaik cepat.. air dok naik lagi ni. Silap2 hapus semua." Pakcik tu jawab.."Tak pa.. hampa pi dulu.. Tuhan tak akan sia-siakan hambanya yang sentiasa berdoa". Datang bot kedua pun pakcik tu jawab yang sama.. sampai bot yang ketiga dah hapus rumah2 dengan pakcik tu sekali.

Kita kekadang tak tahu yang datang tu dugaan atau tidak. Buatlah Istiqarah... Insya Allah dapat pentunjuk untuk buat pilihan yang sewajarnya. Tak semestinya petunjuk datang melalui mimpi.. kerapnya datang terang untuk kita fikir... melalui apa yang berlaku di persekitaran serta kehidupan kita. Dulu kita hebat kendali stereng kereta, sentiasa alert secara semulajadi.. tapi setelah adanya kekasih gelap.. boleh accident pulak. Dok tak dok beg duit boleh hilang sungguhpun duit tak dak dalam tu..tapi dokumen penting macam I/C, kad bank ATM, Lesen memandu dan sebagainya.. renyah.. Dulu belanja phone sebulan tak sampai RM70.00. Bila ada KG dah cecah RM250 sebulan.. income dok cam tu tak bertambah. camna??? Terimalah sesuatu itu dengan redha. hik! hik!

orang kampung said...

gengapa:- hahahahaha aku faham ...faham sangat sangat. Sabaq je la no. Seseungghnya mereka yang sabar itu adalah mereka yang kuat disi tuhan nya.

Anonymous said...

"kekasih gelap..."

huhuhu....

"hadapi dengan senyuman. semua yang terjadi, biar terjadi... hadapi dengan tengan jiwa, semua kan baik2 saja..."

tapi kalau "kwn2" dah tau "kawan" tu dah "ada yang punya", yang "kwn2 punya" jugak... tapi cakap yang "bukan2"

PANAS HATI WOOOOOOOO!!!!!!