
sampai bila nak berteater...? ada yg bertanya. Kadang2 aku pun tertanya-tanya jugak. Bagi aku terpulang kepada tahap kepuasan seseorang (penggiat). Kalau sampai satu masa dia dah rasa bosan, dah rasa medium pentas tidak lagi memberi impak pada kepuasan maka begerak lah kita ke medium yang lain. Jawapan ini hampir sama jika ditanya kepada seorang kaki pancing bila nak berhenti memancing. Seperti yang telah aku nyatakan dalam entry yang lepas, teater adalah ruang kecil untuk penggiat nya menyatakan sesuatu kepada khalayak. Mereka ini tidak ada ruang lain selain pentas, maka bagi golongan ini pentas adalah tempat yang sewajarnya malah selari dengan minat mereka.
Kenapa perlu suruh org berfikir bila menonton karya pementasan? Sebenarnya tak ada siapa yang suruh berfikir pun, mereka hanya suruh melihat dan seandainya dalam penglihatan itu kita terfikir sesuatu , maka bersyukurlah kerana kita masih mampu berfikir pada ketika itu. Tiada paksaan untuk berfikir setiap karya pementasan.
Kenapa tak bercerita secara mudah? belum ada yang dibuat untuk susah. Terpulang kepada kita melihat. Kalau kita melihat burung itu burung, maka burung lah dia. Tetapi kalau anda melihat burung itu tupai, maka apa lagi yang harus saya kata kan. Cerita yang naskah nya berat atau susah selalu nya Pengarah terlebih dahulu berfikir untuk memudahkan gaya penceritaan nya. Tidak ada pengarah yang sengaja menyukarkan naskah yang mudah untuk diceritakan dengan susah payah. Kecuali kalau pengarah sendiri kurang pasti keseluruhan kehendak penulis.
Kenapa perlu kritis dalam persembahan ? Berikan saya cerita yang tidak ada kritis. Hatta iklan yang 3 minit pun ada. Kadang-kadang hanya kerana teater dibawa oleh org muda, mereka dah di hukum bersemangat terlebih.
Kenapa perlu berteater? (soalan hampir sama)... saran kan kami hobi yang hampir sama dengan teater. Insyaallah kami akan tinggalkan teater. anjang