Tuesday, April 8, 2008

Stress


70% punca penyakit adalah disebabkan oleh stress (tekanan perasaan). Spt sabda rasulullah s.a.w (sbhg dari maksudnya)"dalam diri manusia ada seketul daging, kalau rosak daging tersebut maka akan rosak lah keseluruhan nya, ketahuilah daging tersebut adalah hati". Kata org cakap memang mudah atau murah tetapi nak lakukan bukan senang. Bagi melatih hati agar sentiasa tenang, hati perlu suppliment. Makanan hati adalah amalan amalan kerohanian. Ini fakta , tak percaya cuba lakukan. kadang-kadang bila kita solat jemaah di masjid pun dia dah cukup bagi kita ketenangan. Apalagi kalau kita tambah dengan amalan lain.

Aku dalam sedikit stress semalam, sebagai manusia biasa kita akan lalui ini semua. Terpulang kepada kita bagaimana kita mesti menempuhnya.

anjang
"kita kena banyak belajar beserah setelah berusaha"

Saturday, April 5, 2008

Kita Hanya Merancang...

Semalam aku kena cover satu majlis resepsi. Perancangan mereka telah dibuat hampir 4 bulan sebelum. Perkahwinan di pantai. Begitulah tema sambutan yang dirancangkan. Bila aku sampai je ketempat yang berlangsungnya majlis tersebut..aku kagum. Persiapan nya cukup cantik dan simple. Warna tema ungu dan putih telah menambahkan lagi keceriaan suasana di situ. Aku nampak awan semakin mendung, apa yang aku risau adalah keaadaan gambar yang nak diambil tu nanti. Bagaimana pulak dengan peralatan kamera aku? dalam aku berfikir2 ...hujan mula turun makin lama agak lebat. Petugas petugas hotel kelam kabut pindahkan semua persiapan yang dibuat. Aduuhhhhhh sayangnya.

Akhirnya majlis dibuat didalam dewan yang kecil dan persiapan nya pun biasa sahaja. Begitulah ... kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan lebih tahu segalanya dam punya perancangan tersendiri.

anjang

Wednesday, March 26, 2008

Saturday, March 22, 2008

Mencari tidur yang lena

Sebaik selesai minum bersama kawan yang pernah susah dengan aku satu masa dulu , segala-gala bermain di hati dan akal aku. Dulu kami sama sama membeli barang di imbi (masa tu low yat kalau sebut pun org tak tau lagi), sama-sama berhujan panas hantar barang pelanggan. nah, sekarang dia dah jauh berjaya dengan karier perniagaan nya. Jauh sangat dari aku. Antara Jutawan muda aku kira. Namun keluhan nya tadi buat terfikir, kita mampu beli tilam yang empuk tetapi tidak tidur yang lena. Kita mampu membeli makanan yang enak tetapi tidak mampu membeli puas. Kita mampu membeli rumah yang besar tetapi tidak mampu membeli keselesaan. Kita mampu membeli kereta yang mahal tetapi tidak mampu membeli keselamatan. Kita mampu membeli cinta tetapi tidak mampu membeli jiwa. Kita mampu menggaji pekerja tetapi kita tidak mampu membeli kejujuran.
Kawan aku seolah-olah menyesal dengan kekayaan yang diberi. Aku nasihatkan agar mensyukuri apa yang ada , jgn kufur nikmat . Baginya kekayaan telah membuatkan dia hilang jiwa, hilang rasa, hilang segalanya . Aku hanya mampu berkata bukan kaya yang menjadi puncanya.

anjang
-semua orang tak sama laluanya.

Wednesday, March 19, 2008

Terdampar

Terdampar tercetus bila seoarang kawan menceritakan kesilapan nya pada aku. Kebetulan bila aku rakam gambar ini di kepala aku terfikir....akhir nya terdampar juga dahan ni di pantai. Sedangkan satu masa dulu ianya nun jauh dipucuk. Ini bukan entry politik. Terdampar ... kali ini apabila kadang kadang kita terdampar dengan dosa yang selama ini kita tak pernah terfikir akan melakukan nya. Nama pun dosa....tidak ada manusia atas dunia ini bercita cita ingin membuat dosa. Alasan yang terbaik adalah "silap". Jangan yakin dengan kebaikan yang kita ada selagi kita tak pernah diuji dengan dosa. Dosa tak beerti jahat dan ia tak bermakna dosa itu harus diulangi. Mungkin sebaliknya kalau diulangi. Itu antara butir butir perbualan kami. Teringat aku pada buku " Terdampar dipintu syurga"

Wednesday, March 12, 2008

Semua mula menjadi penganalisis...

Semakin hari semakin ramai lahir penganalisis politik dan tak kurang penganalisis bangsa. Masing masing mula bijak berhujah. parlimen kedai kopi seakan akan lebih hangat dari parlimen sebenar. kalau dulu mungkin org pandang remeh parlimen kedai kopi....nah sekarang terbukti parlimen kedai kopi turut mainkan peranan. Ada yang menganalisis dengan emosi, ada yang menganalisis dengan fakta dan tak kurang yang menganalisis dengan angin (follow crowd). Biar apa pun.... biarlah... mereka sekadar mengulas apa yang telah mereka putuskan. Sekurang kurang nya rakyat kita dah pandai mengulas. Tak kira peringkat umur tak kira latar belakang sosial. Satu pembaharuan jugak tu. Apa yang penting tugas kita mesti diteruskan....saban hari semakin banyak tuntutan kita untuk keluarga dan diri sendiri. Jgn sampai tak da mood nak datang kerja, jangan sampai asyik mengulas hingga terlupa tugas hakiki.
Selamat bekerja semula.

anjang.

Monday, March 3, 2008

Pak Pandir, mat jenin & Pak Kaduk

Minggu ni agak memenatkan aku. Sibuk dengan talk, seminar dan PLKN. Dalam perjalanan ke sebuah destinasi aku dengar CD Roslan madun Seloka pak pandir dan pak kaduk. Cd ni aku dpt sbg bahan untuk modul plkn. Aku terfikir satu pekara, dari mana datang cerita pak pandir dan pak kaduk ni? siapa yang buat cerita ni? dan satu lagi mat jenin. Teruk sangat kah org melayu pada waktu tu? Ada satu yang menjentik otak aku...adakah ini propaganda Inggeris nak bagitau yang melayu ni tak sepandai mana. Kalau ini nak dijadikan kisah tauladan....tak kah terasa macam memperkecilkan bangsa sendiri. entahlah......


anjang.